Cute...(image:sabinews.com) |
Bercakap mengenai cara kurus dengan mudah jika berat badan meningkat mendadak sepanjang Syawal, seolah-olahnya bercakap kepada diri sendiri. Haha. Ya memang peringatan dan tips ini untuk dibuat oleh diri sendiri berdasarkan pengalaman lepas-lepas, bukan sahaja dikarang panjang-panjang untuk tatapan umum semata-mata.
Oh! Ya.. Hari ni sudah hari terakhir Bulan Syawal. Harapnya semua sudah selesai puasa 6 hari di Bulan Syawal. Bagi yang tidak dapat berpuasa pada bulan Ramadhan disebabkan ABC (Allah Bagi Cuti) tu, dah boleh mulakan atau sambung puasa qadha pula ya. Yang dah selesai, alhamdulillah.. Jangan terdesak nak masuk Ramadhan tahun hadapan baru nak kalut qadha.
Ya Allah, panjangkanlah umur kami agar kami dapat bersama Ramadhan di tahun-tahun yang seterusnya.. Amiin.
Baiklah. Kali ini nak kongsi cara kurus dengan mudah jika berat badan kita meningkat mendadak sepanjang Syawal. Al-maklumlah, open house kemain banyak kan, semua kena pergi. Kalau tak pergi, tak boleh pula, kena hormat dan meraikan jemputan tu. Makanan yang masuk ke dalam perut ni pula macam-macam. Lepas open house 2, 3 tempat, ke jemputan kenduri pula kan. Haha. Perut dah ke depan sikit, seluar ke kain ke, kembali ketat di bahagian pinggang. Apakah tandanya ? Tak kata orang lain. Saya juga termasuk golongan ini walaupun tidak kronik. Bagi mereka yang berjaya maintain, UM ucap tahniah ya!
Namun, apa yang dikongsi ini bukanlah untuk kurus semata, tetapi lebih kepada menjaga kesihatan sepanjang hayat. Kalau boleh, kita doalah dengan Allah, moga dijauhkan daripada penyakit-penyakit kronik kan. Tapi perlulah ada usaha ke arah itu. Penjagaan kesihatan wajib bermula seawal dalam kandungan (kita sebagai mak lah kena jaga kan...anak-anak tak reti lagi masa tu). Jangan tunggu umur 40-an baru terhegeh-hegeh nak buat itu ini (pesanan untuk yang muda-muda ya). UM menyesal juga ni, dah umur tua-tua macam ni baru dapat 'panggilan' keinsafan nak menjaga kesihatan. Haha. Tapi tak apa, tiada istilah terlambat selagi kita berkehendak. Do It Now or NEVER.
Fuh ! Membebel aja kerjanya. Itulah perempuan (ayat ini perlu dikreditkan kepada En. Suami..haha).
Baiklah.
STEP BY STEP KURUS SEMULA DENGAN MUDAH JIKA BERAT BADAN MENINGKAT MENDADAK SEPANJANG SYAWAL..
Apa yang perlu kita buat ????
Step 1
Sila buat perkara ini :
- Timbang berat badan kita
- Ukur tinggi (jika tak pernah ambil tahu..hehe)
- Kira BMI (body mass index), pakai formula ni. Nak mudah kira je kat sini...KALKULATOR BMI
- Ambil ukuran- ukur lilit pinggang, peha,punggung (nak ambik yang lain-lain pun boleh..suka hati la..tapi yang ini paling penting).
- Tulis semua ukuran dan timbangan itu.
(p/s : Kalau BMI ok, dah tak payah turunkan berat badan, jadikan step-step ini untuk kita terus menjaga kesihatan. Dan...jangan tak percaya...orang kurus, BMI ok, tapi perut buncit..tak mengandung...haha..dan insyaAllah, step-step ini boleh juga digunakan untuk mengempiskan perut). Satu lagi, kalau dapat guna penimbang Karada tu, lagi bagus. (Ini cerita lain, timbang yang basic pun xapa, janji timbang, jangan main agak-agak sahaja).
Step 2
Tulis target bila nak turunkan berat badan, reduce ukuran-ukuran tu, berapa ukuran yang kita mahu, dan dalam tempoh berapa lama. Contoh seperti dalam gambar ni. Ini yang UM dan suami buat. Target ini wajib ditenung setiap hari, doa dan mimpi-mimpikanlah di malam hari. Bayangkan diri kita sudah kurus dan berpinggang ramping cantik walaupun tanpa pakai korset. Gitu. Itu UM, Kalau suami pula, badan sado berketak-ketak ke, terpulanglah, janji yang baik-baik untuk kesihatan kita.
Lebih kurang ginilah...ini orang sebelah punya..wakaka.. |
Baiklah...cukup 2 step dulu...bersambung esok, Insyaa Allah.Tunggu tau!Esok kita cerita panjang apa lagi nak buat.
Sekian.