Urus Sendiri Masa Kita VS Orang Lain Urus Masa Kita

Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ahad yang membahagiakan.
Beberapa hari tak bersiaran.Sibuk bantu buat blog orang, alasan yang kurang kukuh ye UM!

Sibuk juga berangan.Eh! Bukan berangan,berimpian.Angan-angan saja tak ke mana.Hari-hari tenung , pun tak apa.

Beginilah hidup orang yang uruskan masanya sendiri. My husband selalu jeles. Seronok la orang tu,boleh buat benda yang dia suka. Abang ni hari Sabtu pun masuk ofis,siapkan tender.Orang urus masa kita,sampai kita tak reti dah nak urus sendiri bila sampai masa sibuk,hujung tahun banyaklah projek,katanya.Anak Bini pun tak sempat tengok lama.Haha.

Sabar ya abang! Hihi,InsyaAllah one day kita duduk rumah sama-sama.Abang tak payah dah stay di ofis hari minggu,tak payah dah nak kerja sampai lewat malam submit tender.Kita kerja sampai lewat malam buat apa yang kita suka. Kalau suka menoreh getah, boleh apply kerja kosong dengan mak di kampung,haaa menorehlah sampai malam..haha,seronok apa.Tiap-tiap hari boleh tengokkan mak. Ini tidak, nak balik kampung pun terpaksa berkira. Cuti dibekukan, itu biasa.

Paling tidak memberangsangkan adalah,kerja pada hari cuti.Saya dulu-dulu pun begitu. Bagi yang bekerja di luar rumah,mesti bekerja,wajib bekerja,mahu bekerja,atau apapun sebabnya,teruskanlah bekerja dengan besemangat,luruskan niat. Apa pun pilihan yang kita buat dalam kehidupan kita,kita akan ditanya di sana nanti. Ingat tu. ( muhasabah diri...). Bekerja di rumah atau di luar rumah , pilihan masing-masing, UM pilih di rumah. Sebab tak boleh berpisah dengan dapur kesayangan. Haha.

Satu lagi cerita, rangkumkan sekalilah dalam entri kali ini.
Cerita orang pergi Orlando. Trip Shaklee...



Credit : Master Aya Chalo dan Master Zahirah (pictures).



Ini kisah panas orang-orang pergi Orlando free...hehe..sape tak nak benda free oiii...hihi.

Ye,tiket free,makan,tempat tinggal free..tapi berbaloilah dengan usaha mereka.Bukanlah duduk saja,layan drama habiskan masa free.

Tapi,bukanlah itu matlamat utama UM bila terjatuh cinta dengan Shaklee. Ada misi dan visi yang lebih besar. Apa dia? Kesedaran kita,keluarga dan masyarakat sekeliling tentang pemakanan sihat,suplemen sihat, tanpa bahan kimia juga gaya hidup sihat. Bahkan keselamatan rumah daripada bahaya bahan kimia yang digunakan seharian. Trip Shaklee umpama reward atas usaha ini.

Nak beritahu juga,mommies di atas juga bekerja di rumah. Best kan?. Boleh ke buat duit? Boleh je asal bersungguh-sungguh. Dah ramai yang buktikannya.

UM suka dengan apa yang diungkapkan oleh Dr Malinda. Terterjah blog beliau tanpa sengaja.

Baca di sini ya..
http://www.drmalinda.com/2013/09/my-shaklee-story.html?m=1

Sekian untuk kali ini..

0 comment... add one now