10 Jawapan Masuk Akal Untuk TTCian Apabila Ditanya Tentang Anak

UM tulis balik jawapan masuk akal yang dikutip daripada pengalaman sendiri dan orang lain juga untuk TTCian apabila ditanya tentang anak.



Kerap kali apabila berjumpa saudara mara terutamanya ketika hari raya, kenduri kahwin dan sebagainya, TTCian lah orang paling ngeri untuk berjumpa saudara mara. Apa tidaknya,kalau terkena dengan yang tidak menjaga kata-kata, memang berdarah hati dan telinga.

Baiklah.

Ini 10 Jawapan Masuk Akal Untuk TTCian Apabila Ditanya Tentang Anak :

Bila nak ada anak?
Dah lama kahwin kan? Tak ada anak lagi?
Awak mandul ke?

Ini antara jawapannya :

1. Insya Allah ada rezekinya. Doakanlah kami. (Jawapan sopan sambil senyum).

2. Tahun depan. (Bermaksud bila-bila masa Allah boleh beri kan, kalau dah hujung tahun pregnant, tahun depan lah lahirnya).

3. Kalau boleh beli dan cipta anak sendiri, kami dah buat atau beli dah banyak-banyak.
(Jawapan sinis).

4. Tanyalah Allah, kami tiada jawapan. Yang kami mampu adalah ikhtiar.

5. Jawab soalan dengan soalan. Anak awak berapa orang? ( Lepas dah jawab)..Alhamdulillah, jaga betul-betul ya supaya jadi anak yang berbakti kepada orang tua dunia akhirat. (Doakanlah yang bertanya).

6. Anak tekak ada satu, anak mata ada dua bla... bla...Nak anak yang mana? ( Lepas tu gelak tutup mulut kuat-kuat).

7. Tak elok tanya bila nak ada anak. Itu kerja Allah. Kami boleh target dan usaha. Yang menentukan adalah Allah. Nak mati pun kita tak tahu bila kan? Tapi kita berusaha untuk mati dalam keadaan husnul khatimah. Betul?

8. Boleh kongsi dengan saya tips nak cepat hamil? ( Jika semua yang dikongsi itu sudah dibuat )...tanya lah, ada tips lain yang lebih kebabom tak?

9. Tolong solat hajat untuk saya supaya Allah beri rezeki anak boleh?

10. Diam. Senyum. Senyum. Dan senyum lagi. ( mesti orang tertanya-tanya, apehal budak ni senyum-senyum)..Buat-buat tak dengar soalan tu pun tak apa .Cerita topik lain yang kita ada keyakinan diri, kecantikan ke, bisnes ke.

Jawapan no. 1 adalah terbaik. Jawab dengan lembut dan sopan.Yang selebihnya adalah option. Boleh digunakan bila kita betul-betul memerlukan.

Ada pelbagai niat orang yang bertanya. Ada yang betul-betul mahu tahu. Ada yang ingin menyindir. Bahkan ada yang mahu membantu. Jadi, seharusnya kita berperasangka baik. Jangan asyik nak melahar je. Perasaan negatif akan menarik aura negatif. Banyak pahalanya jika kita bersabar. Darjat kita di sisi Allah lebih tinggi seandainya kita mampu mengawal marah. Sabar.

Kadang-kadang emosi tidak terkawal kan?
Tapi cubalah untuk berfikir positif sedaya upaya kita. Mohon kekuatan dari Nya.

Ingat! Setiap ujian ada hikmah disebaliknya.
Besar atau kecil ujian itu, bergantung kepada kebesaran hati kita untuk menghadapinya.

Masanya akan tiba tak mungkin lewat seminit pun. Segalanya akan berlaku jika Allah berkehendak. Betul kan?

Semoga bermanfaat.

0 comment... add one now