Resipi Solok Lada Kelantan Paling Sedap

Pernah makan Solok Lada Kelantan ?

Sedap.

Biasanya dimakan dengan nasi putih atau nasi kerabu.

Ini adalah resepi mak UM. Macam-macam resepi sebenarnya. Tapi yang dibuat sendiri di rumah pastinya sedap kan?

Bahan bahan:

Kelapa parut - pastikan parut tanpa terkena tempurung kelapa. (kelapa yang digunakan mestilah yang lembut sedikit).
Ikan rebus - kami biasa guna ikan selayang (3-5 ekor saiz sederhana besar).
4 ulas bawang merah
Halia ( 1/2 inci)
Gula melaka (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
1 biji telur
Lada hijau (lada solok)
Kelapa goreng


Cara-caranya :

1. Rebus ikan terlebih dahulu (Masukkan sedikit gula, garam dan 2 keping asam gelugor).

2. Bersihkan lada hijau. Buang bijinya. Jika tidak mahu terlalu pedas, boleh direndam seketika di dalam air kelapa atau air suam. Jangan terlalu lama.

3. Ikan rebus diasingkan tulang dan isi.

4. Tumbuk isi ikan, halia dan bawang merah.

5. Tumbuk kelapa goreng atau boleh menggunakan pengisar. Pastikan sederhana hancur.

6. Gaulkan ikan, halia, bawang merah dan kelapa goreng yang ditumbuk tadi dengan kelapa yang diparut. Gaul rata dan tumbuk sedikit agar teksturnya lebih lembut.

7. Tumbuk pula gula Melaka dan garam. Gaulkan dengan bahan-bahan No. 6.

8. Masukkan telur ke dalam adunan. Gaul rata sehingga sebati.

9. Sumbat bahan-bahan yang digaul rata tadi ke dalam lada hijau yang sudah dibelah dua dan dikeluarkan bijinya tadi.

10. Susun solok lada yang sudah siap disumbat di dalam periuk pengukus.

11. Kukus 10-15 minit

Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih panas atau nasi kerabu. Fuh ! Meleleh air liur.



Selamat mencuba.

0 comment... add one now