Bismillahirrahmanirrahim..
![]() |
Diva |
Sudah ditakdirkan menjadi perempuan, tidur pun mahu cantik ber'diva'. Segala yang cantik itu sinonim dengan perempuan..Betul kan?
Baiklah.Tidur yang baik dan 'cantik' mestilah dibiasakan dari sekarang kerana ianya memberikan kesan kepada kesihatan. Kurang tidur atau tidur tidak berkualiti menyebabkan sistem badan melemah dan memberi peluang kepada segala virus menyerang tubuh kita.
Disarankan untuk tidur6-8 jam dalam 1 hari bagi dewasa. Mungkin jika anda orang yang sibuk dengan kegiatan seharian atau bekerja 'shift' agak sukar untuk melakukannya. Juga, usahakan untuk tidur 5-15 minit di siang hari sebelum waktu Zuhur (qailulah) untuk fokus dan kesihatan berpanjangan.Susah kan? Haha.
Panduan Tidur 'Cantik' Ala Diva Untuk Kecantikan Dan Kesihatan
Panduan 1 : Tukar Cadar Atau Alas Tempat Tidur Tiap-tiap Minggu
Setiap minggu memberikan 'mood' baru untuk tidur. Cadar yang bersih dan harum baunya akan membantu tidur lebih nyaman dan proses untuk tidur lebih cepat. Bolehlah menabur kelopak-kelopak mawar atau bunga melur sebagai aromaterapi.
Panduan 2 : Stretching
Siapa kata bahwa stretching cuma perlu dibuat sebelum aktiviti bersukan?. Sebelum tidur sebaiknya anda juga lakukan stretching ringkas. Ianya berguna untuk meregangkan bagian otot-otot yang lemah sesudah seharian melakukan aktiviti. Sebaiknya anda berbaring diatas lantai atau karpet lebih kurang 3 minit. Kenapa mesti lantai? Itu kerana, ada pengaruh graviti yang lebih kuat semasa tubuh anda menyentuh lantai. Otot-otot akan kembali lebih regang.Seolah-olah rasa letih itu terserap oleh graviti bumi...Fulamak!..Hehe.
Panduan 3 : Tidur Dalam Keadaan Gelap
Waktunya otot mata perlu istirahat. Tempat tidur yang gelap tanpa cahaya akan menjadikan mata menjadi lebih rileks. Selain itu rasa mengantuk akan lebih cepat terasa dalam situasi yang gelap. Jika anda phobia dengan gelap, gunakan lampu tidur yang kecil dan bercahaya malap supaya anda lebih tenang dan yang pasti tidur dengan baik.
Panduan 4 : Minuman Suam
Minuman suam (susu atau air suam) menjadikan badan anda terasa semakin rileks. Elakkan minuman berkafein.
Panduan 5 : Matikan Handphone
Matikan atau setkan handphone dengan mode silent supaya tidur tidak terganggu.
Panduan 6 : Alunan Suara Lembut
Alunan muzik yang berirama sentimental dan lembut juga membantu untuk menenangkan dan merehatkan otak seolah-olah anda dibuai ketika bayi. Adalah lebih baik untuk memasang alunan ayat Al-Quran secara sederhana kuat (seperti orang berbisik) untuk tujuan ini.
Itulah beberapa tips yang boleh membantu tidur yang lebih baik. Tidur ala diva, tidur yang terancang untuk merancang minda yang cerdas, badan yang sihat dan... kecantikan sebagai bonus.