Detoks Dulu Sebelum Jahit Baju Raya

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah...En. Suami , My Precious selamat sampai dari Sibu, Sarawak. Pergi satu beg je, balik tambah dua begnya. Apa kes? UM tak kirim apa-apa pun...seikhlas hatilah nak bagi apa kan kat diri ini.

Semalaman ber chit-chat 'pillow talk' dengan En. Suami. Cerita tentang masyarakat di sana, cerita itu- ini, kegigihan dan pengorbanan ikhwah dan akhwat di sana. Tak tertanding rasanya dengan diri ini yang serba senang tapi masih klaim susah. Insaf. Diri ini mahu mencari kekuatan untuk bangkit kembali bukan mudah, perlu langkah demi langkah. Terima kasih kepada En Suami. Tarbiyahnya untuk isteri daripada sorotan cerita yang disampaikan. Tidak pernah ada bahasa 'menggurui.

Dan.. yang paling 'win' dia sangat gembira dapat songket Sarawak. Haha.

" Sayang, songket ni kita nak buat apa?," tanya En. Suami.

" Kita masak kicap nak? Ke nak gulai lemak cili api?," jawab UM. Haha. Bab ni memang tak pernah insaf. Tak pasal-pasal kene baling dengan bantal.

" Gini, kita cari kain plain warna senada, kita buat bajulah," kata UM.

" Ayang buat baju kurung, kain guna kain songket tu. Abang pula, ayang jahit baju melayu, kain songket tu boleh buat macam kain pelikat. Sedondon juga," jawab suami.

Adeh. Berat nanang suamiku.

" Tak cantik lah gitu. Ayang jahit untuk ayang baju kurung atau kurung moden, songket tu buat kain. Untuk abang pula, ayang jahit baju melayu sepasang, songket tu jadi kain sampin la. Baru cantik," jawab saya.

" Lecehlah...seluar baju melayu biasanya lepas pakai sekali dua dah tak boleh nak pakai dah..dan kalau pakai sampin, even pakai belah dalam baju pun, perut nampak ke depan. Itu yang abang tak suka," balas En. Suami pula.

" Hmmm...itu masalahnya kan...setiap tahun ukur lilit pinggang tu sentiasa bertambah dari semasa ke semasa kan..," UM mula berfikir penyelesaiannya..

TING !

" Bang, apa kata sebelum ayang jahit baju melayu tu, abang kurangkan dulu ukur lilit pinggang dan perut tu..hihi..," kata UM.

" Macam mana? Abang makan nasi sekali sehari dah...tapi tang perut tu duk tara tu jugak," jawabnya.

" Ok. Macam nilah..kita buat detoks. Nak? "

Maka termeterailah perjanjian detoks kami. Tung tang tung tang bermesyuarat. Ada DO , ada DON'T..Haha. Itu boleh ini tak boleh. Siap menu, siap rules, siap checklist barang yang mahu dibeli untuk berdetoks. Tarikh sekian-sekian sudah dipersetujui..hihi.. Diari detoks kami tertulis di SINI..


Haa...inilah rupanya kain songket Sarawak yang digembar-gemburkan itu. Ada lagilah beberapa helai yang dibeli untuk keluarga dan special untuk isteri tercinta ini. Kah kah...

Request suruh bawa balik 'umai', tapi tak bawa balik pula. Hihi.Saja je. Lama sungguh tak menjejakkan kaki ke Bumi Sarawak ni. Last pergi bersama-sama 5 tahun lepas kot..

http://julsjulie80.blogspot.my
Sedapnya umai tu...tengah mengodek-godek resipinya.. Mana nak cari ikan puput/ikan pirang tu ye?? Haha. Ada ke kat semenanjung ye? Maaflah, tak berapa kenal ikan-ikan ni. Huhu..Tapi InsyaAllah akan dibuat juga.

Cukup setakat ini dahulu berceloteh. Entri backdated sebab line tak berapa bersungguh nak timbul. Kesianlah kat kami..



0 comment... add one now