12 Petua Mudah Hamil Untuk Wanita

Bismillahirrahmanirrahim...

Saban hari menerima berita kehamilan dan kelahiran dari teman-teman dekat, kadang- kadang merimaskan juga. Pengalaman ber'TTC' banyak mengajar erti sabar, redha dan syukur. Walau apa pun, pesan UM, teruskan berusaha dan berikhtiar dengan apa cara sekalipun (yang penting halal dan mengikut syariat).


Mari kita telusuri 12 tip atau petua mudah hamil untuk wanita. 

1. Rekod kitaran haid

Wajib bagi seorang wanita yang ingin hamil untuk memantau kitaran haidnya. Sama ada kitaran haidnya tetap, tidak tentu, tidak teratur dan sebagainya. Ini bagi memudahkan rawatan dan juga menentukan hari subur. 

Contoh
Kitaran haid yang tidak teratur boleh juga dikaitkan dengan penyakit tertentu seperti PCOS dan sebagainya. Sebab itu, sangat penting untuk merekod. Guna buku 555 pun boleh. Yang penting ada rekod.

Kita juga tahu kan? Telur seorang wanita subur hanya 12 hingga 24 jam selepas dibebaskan. Berbeza dengan sperma yang boleh hidup lebih lama sehingga 72 jam selepas dibebaskan.

2. Memantau ovulasi

Wanita dengan kitaran haid yang teratur, secara umum, ovulasinya berlaku dua minggu sebelum kedatangan haid mereka. Lebih sukar untuk meramalkan ovulasi di kalangan wanita yang mempunyai kitaran yang tidak teratur, tetapi ia biasanya berlaku 12 hingga 16 hari sebelum bermulanya tempoh  haid yang akan datang.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan wanita untuk membantu menentukan hari yang paling subur mereka setiap bulan.

A. Ovulation Test (paling mudah guna Clear Blue Ovulation Test).
Boleh didapati di mana-mana farmasi berdekatan. Selepas keputusan ujian yang positif adalah masa yang terbaik untuk pasangan bersama. Ini akan meningkatkan peluang pasangan untuk hamil. (terdapat pelbagai jenis ovulation test yang dijual sebenarnya, malah ada yang lebih murah, pilihlah yang terbaik sesuai dengan bajet anda, yang penting ianya berfungsi dengan baik).




B. Basal Body Temperature

Basal Body Temperature adalah  di mana seorang wanita mengambil suhunya sebaik sahaja bangun  dari tidur setiap hari. Tetapkan jam berapa untuk mengambil suhu supaya lebih tepat. Disarankan juga untuk meletakkan termometer di sebelah katil untuk meminimakan pergerakan. Catat dan buat graf untuk sekurang-kurangnya tiga kitaran haid. Sebaik-baiknya menggunakan termometer basal. (UM cari di Amazon.com sahaja). Mungkin boleh didapati di farmasi juga.

Contoh yang dijual di Amazon.com

After a woman ovulates, her basal body temperature typically increases less than half a degree Fahrenheit (0.3 degrees Celsius). A woman is most fertile during the two to three days before this slight rise in body temperature, reports the Mayo Clinic.
Cara - cara menggunakan teknik ini untuk mengira waktu subur ialah :
  1. Mulakan mengambil suhu pada hari pertama haid anda  ( seeloknya semasa period sudah 'flow', bukan 'spotting' ).
  2. Ambil suhu setiap hari sejurus selepas bangun tidur sebelum melakukan apa-apa aktiviti.
  3. Catat dan isi di dalam carta kita untuk melihat graf turun naik suhu kita. Contohnya seperti ini.


Untuk lebih mudah, gunakan sahaja online chart : (ini yang UM biasa guna).

Cara membaca graf BBT secara ringkas :


Suhu badan normal adalah 37 darjah Celcius ( 36.5-37.5 darjah Celcius) iaitu bersamaan (97.7 - 99.5 Fahrenheit). Carta di atas menggunakan Fahrenheit. (kita tak mahu cerita tentang ini ya! Hihi). 


Sebelum ovulasi, suhu badan dalam keadaan normal, 36.3-36.6 darjah Celcius. Selepas ovulasi berlaku, kenaikan suhu badan adalah antara 0.25 - 0.3 darjah Celcius. Sekiranya kenaikan suhu berkekalan selama tiga hari berturut-turut, ovulasi boleh dianggap sudah berlaku. Setiap orang mempunyai graf yang berbeza bergantung kepada kitaran haid samada teratur atau tidak. Ianya sangat unik sebenarnya.

Jika tidak hamil, suhu badan akan kekal tinggi lebih kurang 10-16 hari sehingga corpus luteum merosot. Pada masa ini hormon progesteron turun mendadak dan suhu badan juga akan menurun menandakan kitar haid yang baru bermula.

Sekiranya hamil, suhu akan kekal tinggi selama 18 hari atau lebih (jika kitaran haid anda adalah 28 hari ). Kemungkinan hamil adalah sangat tinggi.

Sebaik-baiknya kaedah BBT ini dilakukan selama 3 bulan berturut-turut untuk mendapatkan 
" fertility window " yang tepat.

(kaedah mengira waktu subur cara ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kitaran haid yang teratur dan kurang sesuai untuk mereka yang kitaran haidnya kurang atau tidak teratur)

C . Mukus Serviks

A study published in the journal Fertility and Sterility found that women who checked their cervical mucus consistently were 2.3 times more likely to get pregnant over a six-month period.
Secara mudahnya, mukus yang menunjukkan waktu subur wanita adalah yang berbentuk seperti putih telur.

Seringkali ianya menimbulkan rasa 'confuse' di kalangan wanita. Boleh rujuk gambar di bawah untuk menentukan mukus yang keluar ketika waktu subur.



3 . Melakukan hubungan suami isteri semasa dalam 'fertility window'.

"Tetingkap subur" atau 'fertility window' adalah hari-hari pada setiap bulan apabila seorang wanita berada dalam tempoh paling subur.

Satu kajian mendapati bahawa hubungan  yang paling mungkin menyebabkan kehamilan adalah apabila ia berlaku dua hari sebelum ovulasi.


4. Berusaha untuk mencapai berat badan yang ideal

Terlalu gemuk atau terlalu kurus boleh mengurangkan kemungkinan seorang wanita untuk hamil.

Kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai berat badan berlebihan ( BMI lebih dari 35) boleh mengambil masa dua kali lebih lama untuk hamil berbanding wanita yang mempunyai BMI normal. Seorang wanita yang kurang berat badan (BMI kurang daripada 19) mungkin mengambil masa empat kali lebih lama untuk hamil.


5. Ambil vitamin prenatal


Pengambilan suplemen adalah sangat penting untuk membantu kesuburan. Ianya mampu menampung kekurangan nutrien yang kita dapati daripada diet harian yang menyebabkan organ dan sistem badan tidak berfungsi secara optimum. Antara yang dicadangkan adalah Vitamin E, C dan lain-lain.  
(Klik di sini untuk tahu lebih lanjut ).


6. Makan makanan yang sihat

Pilihlah makanan yang sihat dalam diet harian anda. Banyakkan memakan sayuran, buah-buahan dan protein. Cuba elakkan makanan ringan dan makanan terproses terutamanya seperti sosej, bebola ikan dan sebagainya melainkan anda memasaknya sendiri di rumah. Kurangkan penggunaan serbuk perisa di dalam makanan. Begitu juga gula putih dan garam yang berlebihan dalam masakan.

7. Kurangkan latihan berat atau terlalu aktif

Terlalu banyak senaman atau melakukan senaman berat yang kerap boleh mengganggu ovulasi.
Teruskan melakukan senaman yang biasa secara konsisten dan kurangkan aktiviti yang menyebabkan anda terlalu aktif dan kurang rehat.


8. Tidak merokok dan jauhi asap rokok

Merokok boleh menyebabkan masalah kesuburan pada wanita dan lelaki.Adalah lebih baik bagi wanita untuk menjauhkan diri dari asap rokok, yang boleh menjejaskan peluang mereka untuk hamil.

9. Tidak mengambil alkohol

Elakkan pengambilan alkohol apabila seorang wanita bercadang untuk hamil. Bukan sahaja minuman beralkohol yang perlu dielakkan, namun minuman bergas juga boleh menjejaskan kesihatan untuk mereka yang berusaha untuk hamil.

10. Cipta rumah dan tempat kerja yang 'mesra kesuburan'

Terlalu kerap terdedah dengan racun serangga perosak, pencemaran, atau pelarut kimia yang digunakan di rumah atau tempat kerja boleh menjejaskan kesuburan wanita.

Cipta suasana tenang dan kurang tekanan di tempat kerja mahupun di rumah untuk meningkatkan kualiti hidup. Secara tidak langsung, minda yang tenang dan tidak stres akan memicu kepada tubuh badan yang sihat.

11. Tahu bila waktu yang terbaik untuk mendapatkan bantuan

Berjumpa pakar lebih cepat atau lebih awal akan mempercepatkan rawatan dan mempercepatkan kehamilan dengan izin Allah. Pasangan yang berumur lebih 30 tahun seharusnya berjumpa pakar setelah 6 bulan perkahwinan dan belum hamil.

12. Doa yang bersungguh-sungguh

Antara doa yang boleh diamalkan adalah seperti :




Amalkan doa ini di setiap kali sujud terakhir Solat Sunat Dhuha dan Tahajud. Baca sebanyak 41 kali.
InsyaAllah, segalanya mungkin bila Allah berkehendak.


Wallahu A'lam. Semoga bermanfaat.

1 comment... add one now

mrhanafi mrhanafi March 28, 2016
petua no.3 paling mrhanafi suka...in shaa Allah kalau dah rezeki tu..memang dapat punya