ZINK : Mineral Kecil Berkuasa Besar


Bismillahirramanirrahiim..

Alhamdulillah syukur Ya Allah, masih dikurniakan kesihatan yang baik hari ini untuk terus berkongsi sedikit sebanyak ilmu tentang nutrisi..

Anda tahu tentang Zink? Zinc ? 

Biasanya kita hanya mendengar vitamin-vitamin atau mineral yang femes seperti Vitamin C dan Vitamin E yang sinonim dengan kecantikan. Untuk kategori mineral pula, kalsium pula sinonim dengan kekuatan tulang dan mengelakkan osteoporosis.

Tak ada pula dulu-dulu atau sekarang, mak-mak cakap, “ kena makan ni, dalam ni banyak zink,penting untuk bla…bla…bla..”. Kan?... Biasa orang akan cakap, “ Minum susu, kalsium bagus untuk tulang,dik”..Ye dak???...


Tahukah anda zink mempunyai fungsi yang saaaaaangat penting dalam tubuh kita?

Dengan alasan itulah, Shaklee membuat formulasi yang hebat daripada zinc glukonat semulajadi digabungkan dengan nutrient semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zink yang mudah diserap oleh tubuh kita.



Apakah fungsi zink terhadap tubuh kita yang sangat penting itu ? Jangan cakap penting je kan…

Ianya adalah mineral yang dikenali sebagai ‘cofactor’ iaitu sebatian yang bekerja bersama enzim-enzim dalam badan untuk menghasilkan tindakan kimia…Faham ke dak??? Haha..bahas budak ‘food’ dan sains kesihatan.

Gini, zink ni macam pelakon pembantu dalam drama. Kalau hero dan heroin belakon berdua, best tak drama tu? Sure bosan gila dan tak jadi story line tu, dan tak panggil drama tapi dialog atau temuramah..haha. (maaf, hari ni tulisan menggunakan bahasa pasar bukan bahasa melayu tinggi..hehe).

Kesimpulannya zink ini diperlukan oleh lebih 100 enzim yang ada di dalam badan kita untuk membuat kerja mereka.

Contohnya ya :

Enzim amylase, peptidase, lactase, adalah enzim untuk pencernaan makanan. Setiap enzim itu duduk di tempat yang berbeza, cerna jenis makanan yang berbeza, jadi enzim ini perlukan pembantu (zink) untuk menghasilkan tindak balas terhadap makanan yang dicerna itu..( dinamakan tindak balas kimia)..Tak payah hafal, faham jer. Ok, nampak tak apa fungsi zink tu?..

Jadi, kalau tak ada zink atau kekurangan zink dalam badan?????? Sistem badan tidak akan berfungsi dengan baik..Gitu.

Paling banyak zink adalah di dalam otot dan tulang. Dalam badan kita banyak otot kan.Otot perut, otot rahim,otot paha otot…macam-macamlah?? Bukan Salman Khan je banyak otot tau..(mula mengarut..)

Zink ditemui 10 kali ganda lebih banyak di dalam prostat lelaki berbanding organ lain.



Apakah yang zink ini boleh bantu dalam badan kita?

  1. Bantu dalam pembentukan DNA dan RNA sel
  2. Bantu penghasilan ‘heme’ dalam hemoglobin (mudah faham bantu tingkatkan hemoglobin…senang).
  3. Bantu metabolisma fatty acid (asid lemak)
  4. Bantu mengeluarkan Vitamin A daripada hati (yang disimpan di dalam hati tu)…bukan makan hati ye..haha..
  5. Bantu metabolisma karbohidrat..
  6. Bantu sintesis protein
  7. Bantu menghalang ancaman radikal bebas
(sumber : Understanding Nutrition 7th edition, Ellie Whitney & Sharon Rady Rolfes)



Tak bolehkah tak ambil suplemen zink ni??

Jawapannya. Boleh. Jika sajian makanan harian anda cukup segala nutriennya termasuk mineral bernama zink ini.

Nasi lemak sambal sotong + Nescafe (sarapan)
Nasi Beriani+ Kari Kambing+Acar timun+Sirap Limau (makan tengahari)
Mee Hailam+ Burger 3 tingkat + Jus Epal (makan malam)

Bolehkah anda mengira berapakah kandungan vitamin dan mineral yang boleh didapati daripada menu seharian di atas??? Hehe… Bukan nak kata, tapi itulah ‘trend’ dan cara pemakanan kita. Betul tak? Kadang-kadang saya pun terjebak. Terutamanya ketika menghadiri sebarang kursus atau program.Masak sendiri memang jarang lah begitu…Haha..(nampak sangat!).



Apakah kesan-kesan kekurangan zink yang KRONIK ?

(biasa terjadi di kalangan wanita hamil, kanak-kanak, warga emas , dan golongan yang kurang berkemampuan. Disebabkan diet harian yang tidak sihat)

  1. Boleh menyebabkan alat kelamin tidak berkembang sebagaimana normal dan organ seks lambat mencapai kematangan.
  2. Kurang sperma
  3. Alat kelamin kecil (pertumbuhan terbantut)
  4. Fungsi seks terjejas (impoten)
  5. Tahap imun badan yang rendah
  6. Perkembangan sistem saraf motor dan kognitif yang kurang baik terhadap kanak-kanak (anak-anak jadi slow…)
  7. Penyembuhan luka yang lambat
  8. Tidak ada selera makan tiada deria bau
(kesan-kesan di atas juga berkait rapat dengan kekurangan vitamin dan mineral yang lain).



Secara kesimpulannya….Shaklee Zinc Complex boleh membantu :

  1. Mengaktifkan lebih 200 enzim dalam badan
  2. Membentuk kolagen
  3. Memulihkan luka akibat diabetes
  4. Menghilangkan bintik putih pada kuku
  5. Meningkatkan sistem imun
  6. Mempercepatkan pemulihan luka (sesuai untuk luka bersalin dan pembedahan)
  7. Memperbaiki masalah prostat (prostat bengkak, kerap kencing dsb).
  8. Meningkatkan kemampuan seks lelaki (desire)
  9. Meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma
  10. Mengelakkan penuaan pra-matang (cth: Keguguran rambut)
  11. Membantu ovulasi wanita
  12. Memperbaiki radang kulit ( akne dan jerawat)
  13. Mengekalkan deria bau dan selera makan

Hadiah untuk yang tersayang ...hehe...


Penting untuk lelaki atau suami...


Semoga maklumat-maklumat di atas membantu semua untuk lebih menjaga kesihatan. Kenapa saya memilih Shaklee untuk makanan tambahan saya. Kerana.. saya percaya dengan apa yang saya makan. Klaim semulajadi terhadap produk Shaklee bukan semata-mata klaim kosong (silap klaim kene saman wei….produk kene tarik…paling teruk kilang kena sita kan..itu law bidang food..jangan main-main).





Jadi, untuk yang berminat nak dapatkan zink ni boleh hubungi saya..Saya suka membantu.

0 comment... add one now