ESP : Sumber Asid Amino Penting Untuk Organ Yang Sihat

Bismillahirrahmanirrahim…

Sudah sekian lama bercadang nak buat entri ni…Sejak jatuh chenta dengan Shaklee ESP..
Biasalah kan…bila kita sayang, kita akan selalu cakap pasal benda atau orang tu, selalu ingat, selalu cerita.. Hehe..

Tapi mesti ada sebab sayang atau cinta tu kan..(berkait rapat dengan benda lah ye…kalau manusia tak berapa relevan..kata seorang ibu, cintanya tanpa syarat pada anaknya..). Asal menulis mulalah nak melalut.

Ok..ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protein, salah satu produk ‘legendary’ yang dikeluarkan oleh Shaklee selain Vita-Lea. 


Inilah rupanya....



Tahukah anda?

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan berasaskan soya. Barulah lain-lain jenama tu keluar. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr Shaklee pada awal 70-an. Dah lahir ke? Saya belum lahir lagi dan tak belajar lagi bidang ‘food’ ni. 

Dengan ujian-ujian klinikal yang dilakukan, Dr Shaklee membuktikan protin soya ini bermanfaat untuk kesihatan manusia. Setiap sumber makanan yang dihalalkan dan diharamkan oleh Allah ada hikmah dan manfaatnya kan?

ESP ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sanagt ektensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee adalah daripada sumber non-GMO (non genetically modified organism) yang mana diproses dalam keadaan suhu yang rendah.

Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera yang boleh bertahan lama.


Nampak menyelerakan...


Apakah keistimewaan ESP ini ?

1.    Satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 jenis asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan iaitu :
  • phenylalanine
  • valine
  • threonine
  • tryptophan
  • methionine
  • leucine
  • isoleucine
  • lysine
  • histidine
(asid amino yang lain boleh di dapati daripada pemakanan SIHAT seharian…namun, ianya bergantung kepada faktor tertentu untuk memastikan sumber itu cukup atau tidak).

2.    5 sumber vitamin yang diperlukan oleh badan.
3.    4 sumber mineral yang diperlukan oleh badan.

Boleh rujuk gambarajah ini.


Klaim Non-GMO pada tin ESP itu bukan saja-saja tempek ye. Kalau dalam bidang pemakanan, segala klaim yang tertera pada produk makanan adalah melibatkan undang-undang.Silap haribulan boleh kena saman tu..Haha..


Apakah kepentingan asid amino kepada badan kita?

  • Dua puluh peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada protein. Protein memainkan peranan yang penting dalam hampir semua proses biologi dan asid amino adalah seolah unit-unit kecil yang membentuk protein.
  • Sebahagian besar sel-sel kita, otot dan tisu terdiri daripada asid amino, bermakna mereka menjalankan banyak fungsi tubuh yang penting.Mereka juga memainkan peranan penting dalam pengangkutan dan penyimpanan bahan nutrien. Asid amino mempunyai pengaruh ke atas fungsi organ-organ, kelenjar, tendon dan arteri. Mereka pula penting untuk penyembuhan luka dan membaiki tisu, terutamanya di dalam otot, tulang, kulit.

Apakah kesan kekurangan protein dalam badan?

Edema
Edema adalah cecair di bawah kulit, biasanya memberi kesan kepada kaki dan pergelangan kaki tetapi boleh berlaku di mana-mana badan. Protein adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan air dalam badan anda.

Pengurangan berat
Penurunan berat badan yang teruk adalah salah satu tanda kekurangan protein. Otot-otot pada badan melemah dan boleh juga mengecil disebabkan kekurangan protin yang kronik.

Rambut menipis atau Rambut mudah putus
Rambut gugur dan penipisan rambut atau rapuh juga disebabkan oleh kekurangan protein. Rambut terdiri daripada protein, jadi kekurangannya boleh menyebabkan rambut anda tidak mempunyai jumlah protein yang diperlukan untuk kekal sihat. 

Garis-garis putih pada kuku

Kulit pucat
Kulit yang kehilangan pigmen dan terbakar dengan lebih mudah bila berada di bawah matahari boleh disebabkan oleh kekurangan zat besi, dan juga protein. Lazimnya, makanan yang kaya dengan zat besi juga mengandungi protein, dan protein adalah perlu untuk badan untuk menggunakan zat besi dengan betul. Anemia atau kekurangan zat besi boleh menyebabkan kulit pucat.

Ruam kulit
Ruam kulit, yang disertai dengan kulit kering atau mengelupas adalah gejala kekurangan protein. Ruam adalah disebabkan oleh kekurangan protein yang melampau dan boleh menyerupai ekzema atau lain-lain ruam kulit kering.

Kelemahan umum
Kelemahan dan kelesuan mungkin disebabkan oleh kekurangan protein dalam diet. Dari masa ke masa, kerana badan tidak cukup protein, badan kita akan mula memecahkan tisu otot, yang boleh membawa kepada rasa lemah atau kelesuan.

Penyembuhan luka yang perlahan
Asid amino, blok binaan protein, amat penting dalam penyembuhan luka. Apabila badan anda sembuh sendiri, ia perlu membaiki atau menghasilkan tisu. Tisu-tisu ini menggunakan asid amino dalam pemulihan luka, dan kekurangan protein boleh membawa kepada proses pembinaan tisu yang lebih perlahan.

Sukar Tidur

Sakit kepala
Sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara, termasuk kekurangan protein.

Pengsan
Pengsan dan kelemahan mungkin disebabkan oleh kekurangan protein juga. 

(Tidak semua tanda-tanda berikut adalah disebabkan kekurangan protein. Ada yang berkaitan dengan emosi atau minda, tetapi kekurangan protein boleh menyumbang kepada masalah-masalah tersebut)



Siapakah yang sesuai mengambil ESP ?

  • Semua peringkat umur. Kanak-kanak 1 atau 2 tahun ke atas boleh mengambilnya tetapi dengan kuantiti tertentu. Adalah lebih baik untuk mengambil Meal Shake kerana ianya lebih sesuai dengan sistem penghadaman mereka.
  • Ibu mengandung – makanan nutrisi yg terbaik,membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik
  • Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihatPenghidap kencing manis
  • Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untuk tumbesaran yang sempurna
  • Pelajar/pekerja/individu dewasa/warga emas - penambah tenaga/energy booster
  • Penghidap kencing manis
  • Lelaki dan wanita – untuk mencegah dari penyakit
  • Orang yang alergik atau alahan (termasuk lactose intolerance).

Bolehkah pesakit diabetes mengambil ESP?

Sangat digalakkan kerana ianya mempunyai indeks glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39.
(cuma perlu diingatkan, seandainya ia dicampur dengan Milo, Vico , Sunquick dan sebagainya, indeks ini sudah tentunya akan berubah dan akan membahayakan pesakit diabetes).

Glycemic Index



Antara kebaikan ESP : 

  • Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
  • Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
  • Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan,
  • Memberi ton warna kulit yang sekata
  • Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
  • Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • Rendah lemak, tanpa kolestrol
  • Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi
  • 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
  • Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
  • Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
  • Membantu mengurangkan risiko kanser,
  • Bertindak sebagai antioksidan,
  • Menguatkan sistem imun tubuh,
  • Mempertingkatkan tahap kolestol baik,
  • Memelihara kesihatan jantung
  • Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  • Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
  • Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
  • Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones.
  • Membantu merendahkan paras kolestrol,
  • Mencegah osteoporosis
  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Membantu menyembuhkan gastrik.
  • Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
  • Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
  • Memudarkan parut
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak
  • Kecantikan kulit dan rambut

Banyak lagi kebaikan ESP ini…

Asas yang  kita perlu faham…

SEL----------> TISU----------> ORGAN

Jika baik dan sihat sel, maka sihatlah organ-organ kita. Kan??..

Jadi, protein ini adalah antara komponen penting untuk pembinaan sel-sel yang sihat.
Saya sudah merasai kebaikannya dan berkongsi dengan anda…Tunggu apa lagi??? Hehe..





Jika ada yang berminat untuk bersama-sama menjaga kesihatan luar dan dalam boleh hubungi saya.Jangan segan jangan malu untuk tanya..saya sedia membantu.

Wallahu a'lam.

0 comment... add one now