Diari Kesuburan 4 : Masalah Tiub Fallopio

Bismillahirrahmanirrahim...

Untuk Diari Kesuburan hari ini, kita bercerita tentang masalah tiub fallopio yang menyebabkan kesukaran mendapat zuriat kepada pasangan berkahwin.

Seringkali masalah tiub fallopio ini dikaitkan dengan penyumbatan yang berlaku sepanjang salurnya yang disebabkan oleh beberapa faktor.

Kenapa ianya menjadi masalah jika tersumbat atau rosak?
Secara tidak langsung akan menghalang persenyawaan antara sperma dan ovum. Ia juga boleh menghalang ovum yang sudah disenyawakan (zigot) daripada memasuki uterus.

Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan tiub fallopio ini bermasalah atau tersumbat?

Pelvic Inflammatory Disease (PID)


Radang pelvis atau PID ini dikaitkan dengan masalah penyakit kelamin berjangkit (STD – Sexually Transmitted Disease). Jangkitan kuman seperti chlamydia dan gonorrhea yang menyebabkan keputihan yang teruk seringkali menjadi penyebab utama. Ianya seringkali berlaku kepada wanita yang berbadan besar, pesakit kencing manis atau wanita yang mempunyai daya ketahanan tubuh yang rendah.Keadaan ini boleh menyebabkan tiub fallopio membengkak dan seterusnya berlaku penyumbatan. Jika ianya tidak dirawat dengan baik boleh menyebabkan kerosakan salur peranakan ini di samping risiko mendapat kandungan di luar rahim yang tinggi.

Sejarah kehamilan luar rahim
Telur yang tersenyawa membesar di dalam tiub fallopio, bukannya di dalam uterus. Dalam hal ini, ianya juga boleh menjadi punca kerosakan tiub fallopio.

Sejarah pembedahan di bahagian abdomen atau pelvis 
Parut mungkin berlaku dan menyebabkan kerosakan tiub selepas pembedahan lain seperti pembedahan membuang apendiks atau sista di ovari.

Endometriosis (disebabkan pengumpulan darah dalam ruang pelvis) yang boleh menyebabkan keradangan yang teruk.


Ujian HSG (Hysterosalpingogram ) akan dibuat untuk memastikan tiub fallopio tidak bermasalah.

Dalam prosedur ini, sejenis cecair pewarna (dye) akan disuntik ke dalam rahim. Jika tiub fallopio dalam kedaan normal, cecair ini akan melalui kedua-dua tiub fallopio dan seterusnya akan kelihatan berada di luar rahim. Ini menunjukkan salur tersebut tidak tersumbat. Melalui ujian ini juga, kita dapat mengetahui pada bahagian mana tiub fallopio itu tersumbat.


Seperti yang kita maklum, ramai wanita yang mengalami masalah keputihan.Ada yang jarang-jarang berlaku, ada juga yang sudah di peringkat kronik. Namun, masih ramai lagi yang mendiamkan diri dan tidak berusaha mendapatkan rawatan yang sepatutnya.


Nasihat saya, kunjungilah doktor anda sesegera mungkin untuk mendapatkan rawatan.


Juga kepada wanita yang acapkali mengalami masalah jangkitan pada salur kencing (Urinary Tract Infection-UTI), yang juga boleh menyebabkan masalah Pelvic Inflammatory Disease jika tidak dirawat dengan baik, pastikan anda menjaga kebersihan alat sulit dan mengambil makanan yang tinggi vitamin dan antioksidan untuk memastikan daya tahan tubuh kita kuat untuk melawan penyakit.


Pada peringkat awal, masalah tiub fallopio tersumbat akibat jangkitan kuman dan keradangan ini masih boleh dirawat, namun jika ianya sudah kronik dan melebihi satu tahun, doktor akan menyarankan untuk melakukan pembedahan untuk membuka sumbatan tersebut. (Dr Zubaidi-drzubaidi.com)


Selain daripada itu, faktor pemakanan juga penting untuk memastikan daya tahan tubuh kita untuk melawan jangkitan kuman berada di tahap yang tinggi.


Antara makanan yang boleh diamalkan untuk tujuan ini adalah :


Sebagai wanita yang mementingkan kesihatan, kita juga amat digalakkan untuk mengambil makanan tambahan untuk kesihatan yang lebih baik dan meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan sebarang jangkitan.


Suatu ketika dahulu, saya sering diserang masalah UTI, kadang-kadang hingga menyebabkan demam dan kadang-kadang mengalami keputihan dalam jangka masa yang lama. Alhamdulillah, dengan mengubah pola pemakanan harian, ianya dapat dielakkan sehingga ke hari ini.


5 tips pemakanan untuk mengelakkan jangkitan (apa yang saya amalkan):


  • Air manis, tukar kepada jus buah-buahan (gunakan pemanis stevia).
  • Elakkan makanan tinggi kandungan garam dan gula, fast food, junk food dan adik beradiknya.
  • Amalkan yogurt setiap hari ( dicampur dengan keratan buah-buahan).
  • Wajibkan diri meminum 8 gelas air masak setiap hari.
  • Amalkan suplemen yang bersesuaian.

Antara suplemen yang saya amalkan :



Kenapa Shaklee ya? Tak ada produk lain ke? Hehe...

Ni sebabnya...





Selain testimoni saya sendiri...kita tengok apa kata mereka yang dah mengamalkan suplemen (for sure dengan konsultasi dan cara pengambilan yang betul ya)..




Alhamdulillah saya dan mereka dah rasa kesannya. Anda bila lagi? Cegah dan rawat masalah keputihan akibat jangkitan kuman ini sebelum terlambat!.

Sesiapa yang ingin saya bantu untuk masalah ini boleh hubungi saya segera ya.
Bantu badan kita cukupkan nutrien yang diperlukan semua sistem badan berfungsi dengan lebih baik.

Semoga bermanfaat. Wallahu a'lam.

0 comment... add one now