Cantik Dan Sihat Dengan Rawatan Bekam

Bismillahirrahmanirrahim

Baru membuat temujanji dengan sepasang suami isteri dari Kemboja ni untuk berbekam.
Ini kali pertama seumur hidup sebenarnya ingin berbekam. Hihi. Sebelum ini memang tidak ada keberanian, kerana sejak dari sekolah menengah lagi, saya mengalami tekanan darah rendah dan tidak cukup berat badan. Tetapi, sebenarnya hal ini tidak menjadi masalah selagi rawatan bekam itu dibuat dengan cara yang betul dan mengambil kira faktor banyak faktor seperti tekanan darah dan sebagainya.

Anda pernah berbekam?

Tahukah anda apakah kebaikan berbekam secara spesifik?

cantik, sihat, bekam, sunnah


Jom baca dan kaji.

Bekam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan dan juga kecantikan. Ianya juga boleh menyembuhkan penyakit selain sunnah Rasulullah S.A.W. Baginda mengamalkan bekam untuk menjaga kesihatan.

Mengapa perlu berbekam?

Selepas 3 bulan , sel darah merah di dalam tubuh akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di bawah lapisan kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan oleh sel darah merah yang baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Sel darah merah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah akan menyebabkan faktor utama kapilari tersekat dan tersumbat serta kesannya akan mengganggu pelbagai sistem badan. Selain itu, ia turut menyebabkan sistem limfa dan hati gagal berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Jenis - jenis bekam :


Bekam kering

Bekam kering atau bekam angin adalah teknik 'menghisap' permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik.


Biasanya teknik ini digunakan kepada individu yang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.


Bekam basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam yang telah disteril. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam.


Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik, ia menagmbil masa antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihatkna untuk tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam. Inilah bekam yang paling popular dan mendapat sambutan.


Bekam lintah

Rawatan yang dikenali sebagai bekam lintah ini merupakan sejenis perubatan tradisional untuk membuang darah-darah kotor dari tubuh pesakit.Darah-darah kotor ini akan disedut oleh lintah dan bertujuan untuk menyahkan darah kotor. Lintah digunakan sebagai medium bagi menarik keluar darah kotor dari tubuh.


Keistimewaan lintah ini kerana air liurnya mengandungi 17 unsur penting terutamanya hirudin yang berfungsi untuk menyekat pembentukan trombus bagi mengahalang proses pembekuan darah.

Selain itu, terdapat juga ekstrak hormon pheromone yang merangsang pengeluaran bau tubuh.Ekstrak ini berguna dalam mengatasi masalah hubungan seksual.

Ekstrak histamine pula berfungsi bagi membesarkan salur darah dan mencergaskan aliran darah sementara ekstrak nitri oxide pula dapat mempercepatkan peredaran darah. Dari sudut perubatan pula lintah daripada spesies hirudo medicianalis banyak digunakan dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan darah seperti penyakit jantung,darah tinggi,migrain, sakit kepala dan sebagainya.


Rawatan berbekam dengan lintah ini sudah lama diamalkan dan terdapat pelbagai isu sebenarnya.

Nasihat saya, untuk membuat sebarang rawatan, kaji dahulu dan tidak boleh hentam keromo sahaja kerana ianya mengundang bahaya. Tidak dinafikan, rawatan alternatif berbekam menggunakan lintah ini sangat bermanfaat, namun, pastikan ianya mengikut prosedur yang betul, terlatih dan terjamin dari segi kebersihan dan keselamatannya. Boleh mengkaji lebih lanjut tentang hal ini.


Waktu berbekam


Pengamal perubatan tradisional berpendapat, berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan kerana ketika inilah darah yang bertoksik berhimpun. Mungkin ada logiknya juga kerana dalam Islam, pertengahan bulan adalah hari-hari yang disunatkan berpuasa (13, 14, dan 15 haribulan Islam).

Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.


Mereka yang hendak berbekam dinasihatkan untuk tidak makan makanan berat antara dua hingga tiga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.


Kebaikan berbekam:

  1. Membuang darah kotor dan darah beku.
  2. Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan di dalam darah
  3. Mengeluarkan kolesterol yang berlebihan di dalam darah
  4. Meringankan otot
  5. Mengatasi ketegangan (stres)
  6. Membebaskan angin dan toksin dalam badan
  7. Membantu meringankan tugas buah pinggang
  8. Membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang tidak boleh diselesaikan oleh rawatan moden
  9. Membantu menghilangkan pening dan migrain
  10. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
  11. Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam
  12. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat,pinggang dan urat sendi di kaki
  13. Melancarkan peredaran darah
  14. Membantu merawat pelabagi jenis penyakit

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk semua. Rawatan alternatif kadang-kadang sangat diperlukan ketika rawatan moden tidak dapat membantu. Antara sebab kenapa saya memilih kedua-duanya, termasuklah penjagaan dari sudut pemakanan yang lebih sihat.Rawatan secara holistik!. Satu lagi, nak bagitahu juga...Berdiet bukan bermakna tidak makan dan sebagainya untuk tujuan kurus biasanya! Tetapi mengambil makanan yang betul, tepat dan benar-benar diperlukan oleh badan kita untuk kesihatan berpanjangan. Azam tahun baru UM....No Chemical Head To Toe !!! Moga tercapai..Amin..Jom!

0 comment... add one now