2 Februari 2016.
Berkisah lagi tentang keperluan badan kita terhadap vitamin dan mineral untuk kesihatan. Dengan kata lain, pasangan yang inginkan zuriat seharusnya menyiapkan diri mereka untuk menerima kehadiran orang baru. Apakah yang perlu disiapkan ? Bukan hanya dari segi ekonomi atau harta benda. Namun, ianya juga menyangkut soal persiapan rohani dan fizikal yang mantap.
Dari segi rohani, pastinya jika kita ingin anak yang soleh, perlulah menjadi soleh terlebih dahulu. Kan?. Bermimpi untuk mendapat anak yang hafal Al Quran, tetapi ibu dan bapanya tidak pernah menyentuh Al Quran. Logik ? Malu bukan untuk berdoa dengan Allah mohon dikurniakan anak yang hafal Al Quran sedangkan diri sendiri hanya menjadikan Al Quran sebagai hiasan di rumah.
Soal fizikal juga tidak boleh dipandang enteng. Seorang ibu perlu 'fit' untuk mengandung, melahirkan, menyusu , menjaga dan mendidik anak-anak. Seorang bapa juga perlu 'fit' untuk menjalankan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Apakah kaitannya dengan 7 Vitamin, Mineral dan Asid Lemak Penting Untuk Cepat Dapat Anak ini???. Macam tak ada kena mengena pun!.
Sebenarnya ada.
Baik untuk kesuburan lelaki dan wanita, kehamilan, penyusuan dan kesihatan secara total, vitamin dan mineral ini sangat penting.
Kenapa ?
Kerana badan kita terbina daripada sel-sel yang membentuk tisu-tisu dan seterusnya tisu-tisu itu akan membentuk organ yang nantinya bergabung antara satu sama lain menjadi sistem badan yang 'super' kompleks malah lebih kompleks daripada peralatan-peralatan yang tinggi teknologinya.Kerosakan salah satunya sukar untuk dibaiki apatah lagi untuk menukar ganti organ tersebut. Mudahkah untuk mencari penderma buah pinggang andai kepunyaan kita rosak?
Maha Suci Allah yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Pasti dan pasti, UM yakin, amanah Allah berupa sebatang tubuh yang berjalan dan berlari ini wajib dijaga sebaiknya.
Apakah kaitannya dengan 7 Vitamin, Mineral dan Asid Lemak Penting Untuk Cepat Dapat Anak ini???
Masih tak 'link' !!!. Hehe.
Begini.
Kesemua 7 Vitamin,Mineral dan Asid Lemak itu menjadi makanan kepada sel untuk sihat.
Ringkasnya, sel sihat, tisu akan sihat, bila tisu sihat organ pun sihat dan bila semua organ sihat, maka sistem badan kita akan berfungsi secara 'tip-top' (macam kereta baru lah...smooth je bawak kan)..
Apa akan terjadi jika sel tidak cukup makanan? Sama seperti kereta tiada petrol. Boleh bergerak? Boleh. Tetapi kena tolak lah kan.Hehe. Itulah analoginya ya.
Saya sudah makan makanan-makanan yang mengandungi semua vitamin dalam diet harian saya. Masih tidak cukupkah untuk sel-sel badan saya menjadi sihat?
Terlebih dahulu TAHNIAH ! Anda bijak membuat pemilihan terhadap diet seimbang harian anda.
Seringkali UM mendapat pertanyaan seperti ini. Jawapan UM mudah sahaja. YA dan TIDAK !.
Jawapannya YA jika :
- Anda tahu berapa banyak amaun setiap vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan setiap hari dan itu sudah termasuk dalam diet harian anda.
- Anda tahu cara memasak dan memproses makanan yang betul untuk setiap jenis makanan tersebut supaya nutrien di dalamnya tidak hilang semasa dimasak atau lebih parah, ianya bertukar daripada makanan berkhasiat menjadi makanan bertoksik kepada badan!.
- Anda tahu makanan apakah yang perlu anda makan dan yang tidak perlu anda jamah.
- Sumber makanan yang anda makan terhindar dari penggunaaan racun serangga (pesticides) dan bukan GMO. Ianya organik sepenuhnya.
Jawapannya TIDAK jika :
- Anda kurang menitikberatkan soal pemakanan harian anda (asal kenyang)
- Anda memasak asalkan sedap. Soal nutrien tolak tepi.
- Anda makan semua makanan yang ada tanpa menghiraukan keperluan, kualiti dan kuantitinya.
- Anda tidak ambil cakna soal racun serangga, penggunaan baja kimia. Isu GMO apatah lagi. Asalkan ada ataupun asalkan murah.
Di dalam kategori manakah anda ??? Tepuk dada tanya diri masing-masing. Soalan di atas bukanlah soalan kajian saintifik yang menentukan tahap kekurangan nutrien dalam badan kita, namun, ianya persoalan asas tentang pemakanan atau diet harian kita yang memberi kesan kepada kekurangan nutrien dalam badan kita yang secara tidak langsung menyebabkan kerosakan sel-sel secara cepat tanpa mengira usia.
Suplemen atau makanan tambahan vitamin dan mineral bukanlah pengganti kepada makanan seharian kita, namun ianya sangat diperlukan masa kini untuk menampung kekurangan pelbagai vitamin dan mineral yang disebabkan oleh kepincangan yang berlaku dalam diet harian kita.
Baiklah.. Dalam entri kali ini kita akan lebih fokus kepada 7 Vitamin, Mineral, dan Asid Lemak Penting Untuk Cepat Dapat Anak.
Kesihatan sistem pembiakan kita, lelaki atau wanita juga sangat berkait rapat dengan pemakanan seperti yang sudah diterangkan sebelum ini.
Satu kajian yang dibuat oleh Harvard University mendapati tabiat pemakanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi, roti putih, kentang dan makanan yang bergula mempunyai 92% risiko masalah kesuburan. Jenis karbohidrat ini adalah jenis yang mudah dilepaskan ke dalam darah. Sebaik-baiknya pengambilan sumber karbohidrat kompleks seperti roti bijirin, beras perang dan oat adalah lebih baik.
Pengambilan lemak dan protein dari sumber haiwan pula mempunyai risiko ketidaksuburan 30% - 41% berbanding lemak dan protein dari sumber tumbuhan.
Vitamin-vitamin,mineral-mineral dan asid lemak tertentu didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kesuburan. Antaranya ialah :
Vitamin E
Sejenis antioksidan penting yang memainkan peranan dalam penghasilan sperma. Kekurangannya boleh membantutkan proses penghasilan sperma. Berdasarkan kajian yang dibuat ke atas lelaki yang mempunyai masalah kesuburan, pengambilan vitamin E membantu meningkatkan peratus kehamilan sebanyak 20 %. Baca selanjutnya di SINI.
Vitamin B
Bagi lelaki, B12 akan meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma. Ini berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas sekumpulan lelaki yang menghadapi masalah kekurangan sperma iaitu hanya 20 juta/ml. Setelah mengambil 1000mcg B12 setiap hari, didapati 27% daripada mereka mencatat peningkatan bilangan sperma sebanyak 100juta/ml.
Bagi wanita pula kekurangan B6 akan meningkatkan penghasilan estrogen hingga ke tahap berlebihan. Keadaan ini akan menyebabkan penghasilan progesteron oleh ovari terganggu dan boleh menganggu kitaran haid. Keadaan ini dipanggil 'luteal phase defect'. Baca selanjutnya di SINI.
Vitamin C
Berdasarkan kajian oleh Dr Earl Dawson M.D, PhD di University of Texas Medical School, Galveston, kekurangan vitamin C akan menyebabkan aglutinasi sperma. Aglutinasi sperma adalah suatu keadaan di mana sperma akan melekat di antara satu sama lain dan membantutkan pergerakan sperma. Vitamin C juga didapati menurunkan kada kerosakan DNA pada sperma sebanyak 91 %.
Bagi wanita pula, pengambilan Vitamin C akan membantu penghasilan mukus serviks.
Baca selanjutnya di SINI.
Vitamin A
Vitamin ini juga adalah sejenis antioksidan. Ianya penting sebelum dan semasa hamil. Dalam kuantiti yang diperlukan oleh badan, Vitamin A membantu dalam penghasilan lendir serviks bagi wanita.
Baca selanjutnya di SINI.
Selenium
Selenium adalah unsur yang penting untuk kesuburan lelaki. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa kekurangan selenium menyebabkan penghasilan sperma yang ekornya senang terputus. Kajian yang dijalankan ke atas lelaki yang mengalami masalah bilangan sperma yang kurang, di mana selepas pengambilan selenium yang konsisten, berlaku penambahan bilangan sperma sebanyak 2 kali ganda. Selenium boleh didapati di dalam makanan seperti hati, daging dan makanan laut. Ianya juga boleh didapati dengan mengambil makanan tambahan.
Zink
Suatu kajian telah dijalankan terhadap 37 lelaki yang mengalami masalah kesuburan selama lebih dari 5 tahun dengan bilangan sperma yang kurang, mereka diminta untuk mengambil 60mg zink setiap hari selama 40-50 hari. Hasilnya 22 pesakit pada aras testosteron yang rendah itu menunjukkan peningkatan hormon tersebut dan seterusnya didapati bilangan sperma telah meningkat secara signifikan. Daripada 22 pesakit ini, 9 daripada mereka, isterinya berjaya hamil.
Baca selanjutnya di SINI.
Gamma Linolenic Acid
Gamma Linolenic Acid ini membantu dalam keseimbangan hormon dan perembesan mukus dalam badan sekaligus membantu penghasilan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan. Baca selanjutnya di SINI.
Kesemua Vitamin, Mineral dan Asid Lemak ini sangat perlu untuk memastikan sistem reproduktif berfungsi dengan baik.
Semoga bermanfaat. Jom ikhtiar ! Dapatkan Set Kesuburan Lelaki dan Wanita dengan harga murah. Hubungi UM 013-4396973. Jangan putus asa, usaha sehingga berjaya. Yakin dan percaya kepada Allah Yang Maha Berkuasa.