Bukan Sekadar Masker Di Musim Panas

Bismillahirrahmanirrahim...

Panas sungguh hari ini. Matahari tidaklah bersinar terang...Tetapi bahangnya terasa. Selalunya, dalam cuaca begini, mudahlah UM melepek, tambah-tambah kalau travel ke sana ke mari musim-musim panas ni. Badan gatal-gatal, merah. Demam, selesema, batuk berpanjangan. Tahun lepas, sempat buat Mantoux lagi. Suspected tibi. Makan antibiotik jugalah. Sempat makan dua jenis antibiotik. Tak ingat apa ke namanya. Lepas makan ubat, melepek. Itulah kerjanya. Kenapa? UM akan pening, mual, nak muntah,tak tentu hala jadinya bila makan antibiotik terutamanya.

Namun, tahun ini menyaksikan keajaiban yang sungguh ajaib dengan izin Allah. Kalau dulu, memang kulit UM sangat sensitif terutamanya di musim panas. Memang stok calamine lotion tu sentiasa ada. Bermula tahun lepas, nekad tidak mahu lagi menyapu calamine lotion tu seluruh tubuh. Juga nekad untuk tidak mahu makan antibiotik lagi. Perit tau kalau jadi orang macam UM ni. Best ke rasa mual, nak muntah (bukan mengandung tau!) , perut rasa sebu, makan pun jadi tak best bila dah macam ni. Dan, paling tak best bila makan ubat batuk atau selesema, walaupun ada yang tidak menyebabkan kita mengantuk, still UM tak boleh fokus melakukan sebarang kerja. 'Lalok' bak kata orang.

Tengahari panas ting-ting ini UM mahu berkongsi cara membuat masker muka untuk melembabkan muka di samping mengurangkan kedutan halus. Almaklumlah, semakin meningkat umur ni, semakinlah nak kena dijaga. Tua tetap tua, tapi melambatkan penuaan itu dan sentiasa sihat untuk beribadah itu sangat perlu. Betul kan?


Inilah rupanya masker UM. Masukkan setengah sudu besar ESP dan satu sudu kecil VIVIX. Tambahkan sedikit air. Gaul sebati. Kemudian bolehlah disapu ke muka. Biarkan kering, kemudian cuci dengan air suam. Lembut je rasa muka ni selepas memakai masker.


Alhamdulillah, bukan sekadar masker !. VIVIX dan ESP sudah menjadi amalan setiap hari. Terasa sangat perubahan terhadap kesihatan ini. Selalunya, pada musim panas ini akan melepek, demam dan sebagainya. Kali ini, segar - bugar , sihat walafiat dengan izin Allah. Allah sentiasa mendengar doa hambaNya kan ? Selalunya berhabis duit mengunjungi doktor, malas menunggu di klinik kerajaan, UM ke klinik swasta. Tau-tau jelah kan kosnya. Tambah lagi, kalau klinik 24 hours buka, pergi malam-malam selepas pukul 10.00, kosnya lain. Kenapa nak pergi malam-malam? Dah tak tahan demam, sakit kepala waktu tu. Terpaksalah. Alhamdulillah, sekarang dah lama tak mengunjungi doktor 24 hours tu. Hihi.


Kandungan VIVIX melebihi apa yang ada di dalam Vitamin C sebenarnya. Antioksidan yang mampu membantu melawan radikal bebas dan dalam masa yang sama, ianya membantu untuk meningkatkan sistem imun kita untuk melawan sebarang penyakit yang diakibatkan oleh virus, bakteria dan sebagainya.


InsyaAllah bukan indah khabar dari rupa. Kajian klinikal yang dibuat ke atas VIVIX bukanlah main-main. Ianya bukan sekadar testimoni yang digembar-gemburkan semata-mata.



Mula-mula UM tak percaya, dah masuk 3 botol , hurmm..kesannya sangat ketara. Yes! Trying Is Believing. Selagi tak cuba kita tidak akan tahu.Sihat nombor satu, harga nombor dua bagi UM. Bukan harga sebotol VIVIX yang ingin dibeli, akan tetapi harga kesihatan yang tidak mampu untuk dibayar sebenarnya. Hanya Allah yang tahu bila kita sakit melepek, nak beribadah pun rasa malas. Solat fardhu tertunai dengan baik dan khusyuk pun mujur. Qiamullail, zikir, mathurat, tilawah beberapa juzuk sehari belum tentu UM mampu buat apabila demam atau sakit. Ye kan?  

Ikhtiarlah selagi mampu. Suplemen, ubat dan sebagainya hanya asbab. Dan, Alhamdulillah sangat bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah beri sehingga hari ini. 

Ingin mencuba VIVIX ?
Untuk maklumat lanjut tentang VIVIX boleh hubungi UM  013-4396973.

Wallahu A'lam . Semoga boleh memberi manfaat kepada semua.Amin.



0 comment... add one now