Alhamdulillah..akhirnya siap juga kimchi ku. Haha. Kenapa UM beria sangat nak makan kimchi ni? Sedap sangat ke? Terpengaruh dengan Korean Drama ye? Tidaklah sangat. Sebenarnya, UM ingin mencuba makanan baru dalam golongan makanan probiotik. Tambah-tambah selepas tengok slot Assalamualaikum di TV Al-Hijrah tempohari bersama Pn Ain, pengusaha kimchi membuatkan hati ini meronta-ronta untuk mencuba membuat sendiri kimchi.
Ok. Baiklah. Sebelum cerita resepi. Dalam kimchi ada probiotik.
Apakah probiotik ?
Probiotics are bacteria that line your digestive tract and support your body’s ability to absorb nutrients and fight infection. There are actually 10 times lacto bacillus more probiotics in your gut then cells in your body.- Dr Josh Axe.Fahamkan?. Probiotik adalah bakteria-bakteria yang ada dalam sistem pencernaan kita yang sangat penting untuk memberi sokongan kepada badan untuk menyerap nutrien dan menghalang sebarang jangkitan. Orang panggil bakteria baik. Ini adalah antara kebaikan probiotik. Jenuh dulu masa belajar menghafal nama-nama bakteria ni tau! Sampai sekarang pun, hanya dua nama yang ingat. Haha.
image : draxe.com |
Biasanya UM makan Natural Yogurt atau Fresh Yogurt yang dicampur dengan macam-macam buah-buahan. Ini contoh resepi Fresh Yogurt UM ( klik di sini ).
Ini contoh-contoh makanan selain kimchi yang mengandungi probiotik.
image : draxe.com |
Resepi asalnya UM tengok di sini (http://www.maangchi.com/recipe/tongbaechu-kimchi) . Traditional Kimchi Recipe katanya.
Bahan-bahannya seperti tertera di situ :
image : maangchi.com |
Untuk versi tekak Melayu, UM merujuk di blog www.enyabdullah.com.
Terima kasih atas sharing beliau. Ada juga UM ubah sedikit semasa membuatnya tambah tolak dengan resepi yang Pn. Ain share tempohari. Haha. Ubah lagi. (Resepi asal boleh klik di link di atas ya! ).
A.Bahan-bahan
1 biji kubis panjang (UM panggil kubis cina), dibelah 4 memanjang.
1/2 cawan garam halus.
2 biji lobak merah dipotong halus memanjang
1 ikat daun bawang, dipotong memanjang
15 helai daun belalai gajah dihiris halus (seperti bunga rampai)
1/2 cawan serbuk cili merah
1 labu bawang merah dimayang halus
3 ulas bawang putih dimayang halus
B.Bahan bubur / kanji
4 sudu besar tepung pulut
2 sudu besar gula
1 cawan air
C.Bahan kisar
1 ulas bawang besar (bawang Holland)
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
Ikan bilis yang telah dibuang kepala
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan
D.Bahan tambahan
1/2 kilo sotong dipotong halus dan digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. (boleh juga direbus).
(boleh juga menggunakan kerang atau udang).
Cara-caranya :
1.Sediakan kubis jeruk
Lumur garam di setiap helaiannya, awas! Jangan sampai tercerai ya. |
- Kubis dibersihkan
- Sapu garam pada setiap helaian kubis.
- Biarkan selama 4-5 jam.
- Selepas 5 jam, cuci semua garam dari kubis.
- Toskan sehingga agak kering.
- Masukkan semua bahan kisar ke dalam mesin pengisar.
- Kisar sehingga semua bahan halus.
- Kacau rata tepung pulut dan air bersama gula.
- Masak sekejap sehingga pekat dan menjadi seperti bubur.
- Masukkan bahan kisar tadi ke dalam kanji setelah ianya menjadi bubur.
- Tambah serbuk cili dan kacau rata seketika.
- Tambah gula dan garam secukup rasa.
- Setelah digaul rata, biarkan sejuk.
4. Penyediaan sos kimchi
Masukkan kanji tadi ke dalam sayuran dan sotong yang telah dipotong ini.Gaul rata. |
Campurkan kanji yang sudah disejukkan dengan lobak merah, daun bawang, daun belalai gajah, bawang merah, bawang putih dan sotong. Gaul rata.
5. Penyediaan kimchi
Ambil kubis jeruk yang telah ditoskan, sapu sos kimchi pada setiap helaian kubis sehingga semua bahagian dilumuri dengan sos. Masukkan kedalam bekas bertutup dan biar 1-2 hari pada suhu bilik sehingga kimchi menapai. Proses fermentasi berlaku.
UM biarkan selama sehari semalam sahaja. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk melambatkan proses fermentasi tersebut. Jika suka bolehlah biarkan selama 2 hari. Ianya akan jadi lebih masam.
Nampak macam remeh dan renyah, tapi percayalah, sangat mudah dan cepat. Proses penyediaanya tidak memakan masa yang lama. Ketika 4-5 jam kubis dijeruk, macam-macam boleh dibuat termasuklah penyediaan bahan untuk sos kimchi.
Nah, inilah rupanya kimchi daku.
Warnanya kurang merah, En. Husband tak suka pedas sangat, jadi, serbuk cili dikurangkan. |
Dah boleh dimakan hari ini. En. Husband sangat suka dengan kimchi. Bawa bekal makan tengahari ke pejabat.
Sebenarnya, ianya memudahkan UM. Jika tidak sempat memasak sayur untuk hidangan makan tegahari atau bila-bila masa, kimchi ini ada. Hehe.Sedap di 'match' dengan apa-apa lauk. Kami makan dengan nasi goreng, bubur nasi dan macam-macam lagi. Ini kali kedua UM buat kimchi. Alhamdulillah proses detoksifikasi usus setiap hari juga berjalan lancar. Cubalah !.
Atau, jika malas dan tidak sempat juga, bolehlah order dengan pengusaha kimchi, Pn Ain. UM pun nak cuba juga nanti. InsyaAllah. FB Nor Ain Bt Fadzil.
Selamat ber 'kimchi' ya. Jimat belanja UM tak payah beli Fresh Yogurt bulan ini. Haha.