I Love Daiso ! I Love Blogging !

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setelah beberapa hari tak jenguk dunia. Hihi. Menghadap tugasan baru. Alhamdulillah, lepas satu, satu yang yang datang. Ada satu lagi yang belum siap. Mohon maaf ya Tuan Khairy..Hehe. Saya cuba siapkan hari ini. Cerpen untuk Sarkas II. Kepada yang pernah membaca Antologi Cerpen Sarkas, InsyaAllah Sarkas II bakal berada di Pesta Buku 2016 (29 April nanti). Harap-harap sempat. Banyak komen yang UM terima, positif dan negatif. Hal itu lumrah sebenarnya kan. Ianya peluang untuk memperbaiki diri kami sebagai penulis.

Eh, nak cerita tentang Daiso. Hihi. 

Semalam terpaksa lepak di Daiso. ( terpaksa yang sangat rela) . Menunggu En. Sham bermesyuarat, apalagi kan, manfaatkanlah masa tersebut. Hanya dua tempat yang akan suami UM cari kalau call, SMS, WhatsApp tak dibalas. Popular dan Daiso. Hihi. Ini kes kalau shopping complex tu ada dua tempat ni lah ya. 

Masking tape bunga-bunga..

Seronok pulak menempek-nempek di planner tu..
Sebenarnya, bagi UM dua masking tape bunga-bunga tu, agak berbaloilah dengan harganya 6 meter setiap satu X 2 = 12 meter RM 5.00 . Ok lah tu. Ada banyak jenis, fabric pun ada, dan yang biasa glamour bagi plannerholic ni adalah washi tape. Boleh beli online je. Banyak yang jual dengan harga yang berpatutan. Nak beli banyak-banyak semalam, tapi risau takut En. Sham jegil-jegil manja. Haha. Lagipun, bukan tujuan utama masuk Daiso untuk beli benda ni.

Yang ini , buat sendiri,bukan beli.
Ini satu lagi kerja yang disukai tambah-tambah bila stress melanda. Terima kasih kepada Pn Syikin. Kain perca tudung hari tu dah selamat dipotong-potong mengikut bentuk butterfly nya. Dan... siap menjadi butterfly clip.Hihi. Biasanya UM gunakan ini untuk jadi penanda buku juga. Macam mana membuatnya ? Nantilah, UM buat tutorial kalau rajin. Mudah sangat. Hihi.

Perlu ada gam ini....

Gam yang digunakan...
Gigih UM beli online dua botol gam ni untuk kerja-kerja sebegini. Haha. Magic glue itu boleh juga digunakan untuk kasut dan sebagainya. Murah je. Dua botol itu rasanya dalam RM 15 tak silap.
Ataupun boleh juga menggunakan gam tembak.

Glue Gun, UM panggil..hihi..

Dan...satu lagi kerja sepanjang tak update blog...hihi.

Taraa....Hasil selepas 'makeover'. Blog sahabat, Farah Alina. Semoga berkenan dan lebih bersemangat untuk menulis. Mmmuah!. Header blog mungkin dia nak buat sendiri, husbandnya pandai 'design' jadi UM tak ler buat. Hihi. Alhamdulillah, ada lagi beberapa blog yang bakal dibantu proses 'makeover' nya. Setakat yang mampu dan pandai. Banyak lagi nak kena belajar.



Target hari ini siapkan cerpen yang tergendala..

Wallahu A'lam.

0 comment... add one now