11 Tips Pulihkan Luka Bersalin Secara Pembedahan Dengan Cepat

Bismillahirrahmanirrahim...

Rasa ngeri juga bila berbicara tentang luka bersalin ini.Sakit kot... Tapi, itulah hakikat menjadi seorang wanita dan ibu. Bukan mudah. Pengorbanan yang tak mungkin ternilai. Hargailah ibu kita, dan para suami, hargailah isteri kalian.

imej semata..


2 jenis luka bersalin yang biasa kita tahu :

  • Episotomi 
  • Caesarean 

Menurut  Dr. Khairiah bt Seman, Pakar Perunding O&G dari Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang , secara umumnya, episotomi adalah luka yang dikaitkan dengan bersalin secara normal. Walaupun begitu, tidak semua kelahiran normal akan dilakukan episotomi. Episotomi berbeza dengan luka biasa. Episotomi adalah luka akibat digunting oleh doktor. Manakala luka biasa adalah yang berlaku secara semula jadi semasa proses kelahiran.
Luka caesarean pula adalah luka akibat pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu jenis menegak dan melintang. Biasanya seboleh-boleh doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit.
Beliau juga memberitahu,bahawa biasanya luka bagi episotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu.
“Seperti yang diketahui ramai, luka episotomi lebih cepat sembuh berbanding luka pembedahan kerana lukanya hanya sedikit. Manakala luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim itu sendiri, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Hal ini menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu. Untuk episotomi biasanya masa 2 minggu sudah mencukupi untuk pulih seperti sedia kala,” terang Dr. Khairiah.                                                                                    (dipetik dari majalah pa & ma untuk rujukan peribadi dan panduan umum).



Kakak sulung UM bersalin secara pembedahan (caesarean) keempat-empat anaknya. Diulangi. Empat orang. Rezeki Allah. Selepas bersalin yang keempat, Dr tanya, " Kak, nak mengandung lagi ?". Hihi. Kakak jawab ," Kalau ada rezeki nak lagi,". Dr tidak galakkan mengandung lagi kerana sudah empat kali pembedahan dilakukan. UM kagum dengan kakak sulung ini. Sampai hari ini, Alhamdulillah dia masih sihat dengan umur yang sudah meningkat. UM doakan semoga kak kekal sihat dengan izin Allah.

My beloved kakak dan anak-anak semasa Hari Raya Qurban . Abahnya sudah lesap ke tempat sembelihan sebelum sempat ambil gambar. Haha. 

Itulah kakak UM dengan keempat-empat anaknya (semua keluar ikut 'tingkap') . Dah besar-besar dah anak saudara UM. Ooops ! Itu bermakna UM juga sudah tua. Haha. Abang Long dah masuk tahun ketiga di Mesir. 

Berbalik kepada tips pulihkan luka bersalin  secara pembedahan (caesarean) dengan cepat, berikut adalah beberapa tips yang sempat UM kumpulkan dari keluarga UM sendiri. Emak sangat 'strict' dengan penjagaan dalam pantang. Mungkin asbab itu jugalah, emak UM sendiri ketika ini umurnya sekarang sudah lebih 70 tahun, masih lagi kuat. (setakat nak tanam anak pisang 10 pokok sehari sorang-sorang tu bolehlah...hehe).

Baca : Penjagaan dalam pantang sekiranya bersalin secara pembedahan adalah perlu lebih teliti berbanding bersalin secara normal.

11 Tips Pulihkan Luka Bersalin Secara Pembedahan (caesarean)  Dengan Cepat

image:www.caesarean.org.uk

1. Pastikan luka dilap kering terutamanya selepas mandi atau selepas ke tandas serta sentiasa menjaga kebersihan di kawasan luka tersebut untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman yang boleh memudaratkan ibu berpantang. (boleh juga menggunakan khidmat 'hair dryer' untuk mengeringkan luka).

(Kakak siap mandi dengan membalut plastik di bahagian luka pembedahan. Haha. Memang tak kena air langsung selama lebih kurang 2 minggu. Mak biasanya akan bantu semasa kakak mandi. Huhu, kasih ibu tanpa sempadan kan..).

2. Elakkan menggunakan sebarang sabun di tempat luka. Ianya akan menyebabkan kesan yang tidak baik di kawasan luka seperti kulit merengsa dan sebagainya.

3. Sapu ubat luka yang dibekalkan doktor setelah dilap kering. Jika ingin menggunakan barut (bagi mereka yang caesar), letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku. Pada awalnya, barut tidak perlulah diikat ketat, setelah luka benar-benar sembuh, inilah masanya untuk berbengkung secara sempurna.

Satu kebaikan menggunakan bengkung bagi yang bersalin secara pembedahan adalah ianya dapat menyokong bahagian perut dan mengurangkan kesakitan. Walau apapun, rujuk doktor anda terlebih dahulu kerana setiap orang adalah berbeza.

4. Elakkan meletakkan sebarang ubatan tradisional pada bahagian pembedahan pada 10 hari pertama.
Ini adalah untuk memberi ruang kepada kulit bercantum semula secara semula jadi. Setelah itu bolehlah menyapu ubatan yang sesuai. Pastikan ianya ada kelulusan KKM dan sebaiknya daripada sumber alami.

5. Pemilihan makanan yang tepat,seimbang dan patuhi jadual makan. Elakkan makan makanan yang berangin, nasi yang sudah sejuk, makan lewat dan sebagainya. Keluarga UM biasanya memilih sayuran seperti sawi (pelbagai jenis sawi..hihi) dan dimasukkan juga sedikit lada hitam dan bawang putih dalam masakan. Untuk sumber protein, biasanya ikan bakar menjadi pilihan. Pelbagai jenis ikan yang tidak menyebabkan kegatalan akan dimasak oleh bonda tersayang. UM suka tumpang sekaki kalau ada menu ikan selar atau ikan gelama. Haha.Sedap.

(Sumber protein seperti telur dan ayam tidak menjadi pilihan semasa awal berpantang. Keluarga kami memang tak sesuai agaknya, ianya akan menyebabkan kegatalan dan bernanah di tempat luka pembedahan tersebut). Bergantung pilihan masing-masing, anda tahu diri anda bagaimana kan?.

6. Pengambilan herba tradisional semasa berpantang adalah digalakkan, namun, hati-hati. Pastikan diluluskan KKM. Kita cuba elakkan kesan buruknya di kemudian hari. Pilihlah yang terbaik dan mengikut kesesuaian diri dan peruntukan kita.

(Kakak biasa menggunakan Nona Roguy)

7. Ambil buah-buahan yang sesuai dan tidak menyebabkan badan berangin. Badan setiap orang mempunyai reaksi  yang berbeza terhadap makan.

(Cadangan : Buah oren dalam kuantiti yang sederhana).

8. Pengambilan Vitamin C, Zinc dan Vitamin E untuk mempercepatkan pemulihan luka dan parut.
Ianya juga membantu badan kita meningkatkan sistem imun untuk mengelakkan sebarang jangkitan.


“Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan,”- Dr. Khairiah bt Seman.

9. Pengambilan makanan tambahan lain : multivitamin seperti Vita-Lea, B-Complex, sumber protein yang lengkap seperti ESP dan makanan yang kaya antioksidan seperti VIVIX boleh membantu proses penyembuhan lebih cepat. Di samping itu, ibu akan lebih bertenaga dan penghasilan susu badan juga akan lebih meriah.

10. Elakkan stres , banyak bergerak dan membuat kerja berat. Cuba sedaya upaya tenangkan diri, minta bantuan suami dan keluarga dalam menguruskan anak-anak yang sudah besar dan bayi yang baru lahir. Elakkan juga mengangkat barang-barang yang berat untuk keselamatan dan mengelakkan risiko kejadian tidak diingini seperti jahitan terbuka dan sebagainya berlaku. 

11. Menyusu badan adalah yang terbaik. Ianya telah terbukti boleh menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang membantu mengecutkan rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Dapatkan bantuan dari jururawat atau ahli keluarga pada hari pertama bersalin, pilihlah  posisi yang sesuai, selesa dan tidak menyakitkan untuk  menyusukan bayi. 

Semoga bermanfaat untuk semua...

Sebelum itu... Jom saksikan video ini..





Amalkan VIVIX , Zinc Complex dan Set Berpantang Shaklee untuk luka cepat sembuh, tenaga berpanjangan dan susu lebih meriah.

Amalkan set berpantang Shaklee untuk pemulihan yang optimum. Tiada masalah untuk diambil bersama jamu puan-puan sekalian. Ada cara makannya.  Ianya dari sumber semulajadi yang membekalkan nutrien yang kurang dari diet semasa berpantang. 

Dulu-dulu, UM sangat anti-suplemen. Rasa tidak perlu. Dalam pantang hanya perlu herba-herba untuk pulihkan peranakan dan memanaskan badan. Namun, keadaan hari ini sudah berubah. Semakin hari, semakin ramai sebenarnya pakar pemakanan dan doktor perubatan yang menyarankan suplemen untuk meminimakan lompong kekurangan nutrien. Apatah lagi ketika berpantang dan menyusukan anak.
Walaupun ramai doktor dan pakar pemakanan yang berpendapat kita cukup mendapat nutrien dari makanan yang diambil dan tidak perlukan sebarang pil supplemen, persoalannya setakat mana nutrien dari makanan yang diambil benar-benar masuk ke dalam tubuh kita dalam kuantiti yang diperlukan?

Dahulu orang kita suka makan ulam-ulaman dan buah-buahan. Sekarang kita jarang melihat orang kita makan sayur-sayuran menimbun, (selalunya saya lihat nasi dan daging yang menimbun dalam pinggan, terutama bila makan free atau makan buffet).

Sebab itu, ramai orang kita yang mengalami penyakit kronik, seperti kegemukan (obesiti), penyakit jantung, darah tinggi, strok dan sebagainya.

Makanan yang diproses dan mudah disediakan (fast food), mengandungi nutrien yang amat rendah, termasuk bahan-bahan antioksida, mineral penting dan vitamin. Makanan ini kaya dengan kalori dan lemak yang berlebihan.

Apatah lagi makanan yang ditanam di ladang sekarang, seperti sayuran dan buah-buahan, telah diberikan baja kimia dan disemburkan dengan racun serangga perosak. Ia tidak lagi segar dan menyebabkan pencemaran dan banyak nutrien yang hilang.

Begitu juga ketika proses memasak. Apatah lagi jika kita memakan makanan yang siap diproses, makanan segera, dan makanan dalam tin. Kita juga minum minuman berbikarbonat dan minum air paip di hampir tercemar dengan pelbagai bahan kimia sama ada sedikit atau banyak.

Dua faktor ini , iaitu keracunan yang kronik dari pencemaran dan kekurangan nutrien dalam makanan yang menyumbang kepada masalah kesihatan kita.

Jadi saya berpendapat, kita masih perlukan suplemen mengikut keperluan kita.         Dipetik dari status FB Dr Zubaidi Haji Ahmad (Gynae).

WhatsApp segera UM - 0134396973 untuk konsultasi , cara makan , pilihan suplemen yang sesuai untuk anda juga sesuai dengan bajet anda. Ibu mesti sihat. Banyak lagi tugas dan tanggungjawab menanti !.


0 comment... add one now