Bismillahirrahmanirrahim...
Tersebutlah sebuah kisah pertanyaan emak jiran UM.
( Jiran UM punya mak mertua...haa..takut tidak faham..).
" Hawa duduk senyap di rumah seharian tak keluar pergi jalan-jalan tak bosan ke ? ,".
UM hanya geleng kepala sambil senyum dan sengih.
" Hawa buat apa kat rumah ? Dah tak menjahit ?" Dia bertanya lagi.
" Tak, saya uruskan tempahan sahaja. Tapi saya dah tak jahit sendiri " jawab UM.
" Habis tu duduk di rumah buat apa ? " Dia belum puas hati dengan jawapan UM.
UM ketawa.
" Adalah cik, tulis-tulis sikit,macam-macam saya buat " UM menjawab.
"Ooo...berkarya ya? " Dia bertanya lagi.
" Aah..lebih kurang macam tulah...cari rezeki sikit-sikit kan.." UM membalasnya.
Wah ! Berkarya ? Jarang sebenarnya perkataan 'berkarya' digunakan dalam perbualan seharian. UM kagum dengan mak.cik. Hihi.
image : madgirlslament.com |
Nah ! Inilah di antara hasil karyanya. Masih bertatih...InsyaAllah akan menyusul lagi 'adik-adiknya' nanti. Lambat atau cepat sahaja. Haha.
Tiada nama UM atau Hawa Hassan termaktub di situ, tapi UM adalah salah seorang penulis SARKAS ini. Carilah kalau jumpa.
Yang belum terbit lagi tak perlulah cerita.
Dan... ini juga kerja UM. Hihi. Asah tangan .
Blog Junaidah : http://www.jueahmad.blogspot.com |
Logonya... |
Ada lagi kerjanya. Uruskan jual beli suplemen sihat, buat kelas online, offline...
Itu tak termasuk tanggungjawab yang aula. WAJIB.
Kenapa buat semua ini?
Satu sahaja jawapan. MINAT.
Dan...jawapan yang lain, ingin bekerja di rumah sambil tengok periuk belanga, tengok anak-anak, ajar anak mengaji, tengok anak-anak kucing kesayangan , anak-anak pokok lada dan bendi di belakang rumah..Haha.
Bekerja di rumah atau di luar bagi seorang wanita ada cabaran tersendiri. Jika bekerja di luar, wanita tetap wanita, ibu yang menguruskan anak-anak, suami dan rumahtangga. Bergantung kepada pilihan masing-masing.
Jika tanya jadual harian UM, memang padat. Sebab itu, kalau ada yang mengajak ke mana-mana , bersantai, berjalan-jalan 'last minute' , memang kadang-kadang terpaksa menolak. Sedaya upaya cuba menguruskan masa sebaik mungkin. Jadual harian mesti diikuti dengan penuh disiplin. Kalau tidak, faham-fahamlah, satu kerja pun tak jadi ! Kan???.
Jadual harian dan Planner adalah item yang wajib ada bagi UM.
Wallahu A'lam.