Dekorasi Bekas ESP Untuk "Revamp Our Kitchen Project"

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini timbul kerajinan yang pelik. Kesan detoks kah? Hihi.
Bagi menyahut seruan mak kita, Revamp Our Kitchen Project...maka bersungguh-sungguhlah kita buat. Baru mula langkah pertama hari ini. Agak lambatkan? Lebih baik daripada tak mula langsung. Ye dak?

Iklannya berbunyi begini...

Kita akan mengadakan satu projek bernama
"Revamp our Kitchen Project"
Ini adalah projek untuk memastikan dapur kita dalam keadaan less benda2 yg tidak sihat..
Hasil projek ini boleh anda share ke facebook masing2 dan blog..
Kita akan buat satu album---> https://www.facebook.com/media/set/…
Anda boleh masukkan gambar dalam nih.. boleh snap any angle kt dapur (boleh lebih satu gambar)
Gambar yang paling banyak like dia akan menang..
Hadiah pemenang masih rahsia...
APA YANG PERLU DI REVAMP??
Kita akan pos info2 kt sini, harap semua akan follow penerangan seterusnya yea...
Ok.. Kalau tak faham bgtau ek
Ini dia mak kita post. Jadi, bagi menyahut cabaran itu...maka hari ini bermulalah langkahnya. Buat yang mana sempat. Niat di hati nak tukar bekas-bekas bahan-bahan masakan UM itu. Beri nafas baru supaya lebih rajin memasak. Amiin..



Taklah secantik mana. Tapi bila disusun banyak-banyak bekas seumpama itu dengan kemasnya, maka sedaplah mata memandang.

Bahan-bahan yang digunakan :

1. Kertas sticker (sebaiknya yang kalis air)
2. Printer ( UM guna printer inkjet biasa sahaja)
3. Gunting
4. Bekas ESP (Energizing Soy Protein Shaklee yang dah habis)
5. Design sticker
6. Kerajinan...hehe

Caranya mudah sangat. Ada design sticker (boleh juga ambil yang dah siap, google je printable labels), printer , kertas sticker, print ajelah. Lepas tu gunting dan tampal. Label tu boleh tulis guna permanent marker.

Untuk sticker yang kalis air, boleh hantar design ke kedai printing. Kecualilah kalau ade printer yang sesuai khas untuk itu. UM pun bakal hantar ke kedai juga nanti. Ataupun guna option yang ini...supermurah...KLIK DI SINI. Ada fikir juga botol-botol vitamin yang banyak tu boleh buat apa...InsyaAllah bakal didekorasikan mengikut kesesuaian dan kegunaannya. Nantikan...Idea belum sampai. Panas sangat sekarang ni. Haha.

Baiklah berbalik kepada Revamp Our Kitchen Project", ianya bukanlah nak memperlihatkan dapur cantik ke tak cantik. Tetapi, lebih kepada menukar makanan-makanan yang kurang sihat di dapur kita kepada makanan yang lebih sihat. Daripada tak organik kepada organik. Gitu.

Hadiahnya sangat menarik...

Ok tak? Berbaloi kan...


Ok. Berbaloilah kan..Dapur cantik, kemas tersusun. Bahan makanan pun sihat-sihat belaka. InsyaAllah tuan rumah anak beranak pun sihat-sihat juga.Hadiah pun dapat. Siapa nak bagi free kan?? Amin..

idea...


idea...

Kita tengoklah apa yang akan terjadi nanti. Harap-harapnya comey lotey dapur ambo. Amin..

0 comment... add one now