National Connference Shaklee Satu Dimensi Baru

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama sungguh rasanya rumah ini terbengkalai. Berhabuk bersawang. Nak memulakan balik menaip rasa macam menyusun bata aje. Berat tangan ni.

National Conference Shaklee.. Ini kali pertama UM join event macam ni. Kalau sebelum ini, jangan harap. Dengan Shaklee dan mana-mana produk kesihatan, MLM ke apa pun memang tak pandang. Menyampah. Indah khabar dari rupa.Namun, ada satu kelainan bila kenal Shaklee dan kawan-kawan dalam Shaklee ni, satu perkara yang sangat ketara. "Money is not everything". Bagi UM juga, bukan duit yang menjadi keutamaan.

Keseronokan dalam Shaklee adalah :

1. Produknya yang tak claim macam-macam ( Bukan sehari semalam boleh dapat kesannya. Ada yang makan 3 bulan baru berkesan, ada yang 3 tahun baru dapat hasil. Kenapa? Ilmu pemakanan mesti ada. Makanlah apa produk sekalipun, kalau diet harian, gaya hidup ke laut memang tiada apa-apa kesan.). Ilmu pemakanan dan penjagaan kesihatan yang diajar di dalam Shaklee.

2. Tiada janji bulan dan bintang untuk yang nak buat bisnes dalam Shaklee. Seminggu boleh dapat 10k goyang kaki ka? Memang tak lah. Siapa rajin dia yang dapat tak kira upline atau downline. Adillah kan?

3. Bersama rakan-rakan yang baik dalam bisnes Shaklee menyebabkan UM sedar diri. Ada matlamat hidup yang hendak dicapai bukan dunia sahaja, namun akhirat yang utama. Dunia hanyalah jambatan
untuk akhirat. Sentiasa positif dengan diri sendiri. Teman-teman yang memahami dan saling mengingatkan. Masterchecklist kena jaga. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri sendiri juga. Ikhlas dan mengikhlaskan sentiasa diperingatkan.

Sampai juga UM ke NC tahun ini. Sedih mulanya sebab tiket dah habis. Bukan apa, nak juga cabutan bertuah dengan Carotomax dalam goodies bag tu kan. Haha...Boleh je beli sendiri, tapi kalau orang bagi kan best perasaannya lain macam sikit. Haha.

Kami bergerak ke KL Jumaat malam. Mengantuk sangat, tidur di Hotel Seri Malaysia di Temerloh. Hotel pertama dijumpai selepas exit tol Temerloh. Encik driver yang handsome pun dah terhoyong hayang. Siap sarapan di hotel, kami bertolak ke Sunway Pyramid.

Jam 11 lebih baru sampai. Sebelum ke sana, ambik adik di UPM. Nak ngekor kakak ipar kesayangan katanya. Haha. Perasan.

Sampai Sunway Pyramid, jumpa lagi seorang mamat handsome yang telah menunggu. So, jadilah NC sambil reunion kami berempat tapi tak sempat bergambar berempat. Sambil menyelam minum air.

Sekitar Shaklee National Conference 2016..

Ambik gambor sket...

Pinjam je tu..ahaks..

Balik dari NC singgah di sini, tapi tak sempat naik pun,lewat dah..ambik gambar pun jadilah. Last naik 'benda' ni beberapa tahun yang lalu...haha..

Korean Cuisine, meraikan Cik Noor yang baru lepas viva master nya...

Agak terkejar-kejar juga balik dari NC sebab hari Ahad En. Suami masuk kerja. Pantai Timur kan..Rasa nak berfoya-foya lagi, tapi tak kesampaian. Lain kalilah. InsyaAllah. Bergerak pantas kembali ke Kemaman, tepat jam 2.30 pagi sampai di rumah. Masing-masing mata separuh sahaja terbuka. Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah..

Sampai di sini dahulu...Bye!


0 comment... add one now