Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...masih diberi nafas dan kesihatan yang baik hari ini. Lama sungguh tak update blog kesayangan ni.Berhabuk,bersawang sampai tak larat dah nak sapu..hehe..
Alkisahnya, laptop ,pc masuk wad. Yang best tu hari tu laptopnya dah keluar bukan apa,hardisk rosak..huhu. Baru je pakai beberapa hari , dah rosak balik hardisk tu.Uwaaa...nanges. Tak tahu lah kenapa,hardisk yang ditukar baru tu memang yang dah nak rosak ke macam mana,entahlah...sekarang masih menunggu supplier ganti hardisk baru yang masih dalam warranty tu (kata orang kedai tu la). Entahla..dah sebulan lebih (1 Ramadhan-17 Syawal).Pengajaran di sini adalah : Bestnya kalau pandai buat sendiri, maksudnya baiki, service sendiri... (sabar...hihi).Ada hikmahnya.
Apapun...Eid Mubarak untuk semua ya....jangan lupa puasa 6 hari di bulan Syawal ni. Hati-hati memilih juadah open house ya! Tak ada racun,InsyaAllah...tapi...haaa, makan biar beringat orang kata,jangan tangkap muat je,badan ni nak pakai lama selagi hayat masih ada untuk berbakti dan beribadah...
Alhmdulillah,kami jadi lebih memilih makanan yang ingin dimakan selepas sesi detoks tempohari..sayang oooiii...penat kot detoks. Cuba buatlah kalau nak tahu. Memang kesan selepas detoks sangat ohsem!!!...Nak cuba boleh contact UM,boleh share stepnya,resepinya...best sangat.
Paling best adalah saiz seluar En. Suami pun sudah berkurang 2 inci. Alhmdulillah..Janji jahit baju raya cantik-cantik kalau berjaya reduce size pinggang tu..hehe. Maka, kenalah tunaikan janji..
Gambar di bawah inilah hasilnya,okey lah kan, taklah pandai mana menjahit,tapi jimatlah duit bahagian upah jahit tu.Beli kain je...dan sedaplah pakai sebab betul-betul ikut ukuran badan kita. Alhamdulillah rezeki dariNya. Jangan lupa bersyukur duhai diri..=)
Setakat ini dahulu...sambung lain kali pula.Penat tangan tulis entri guna phone..huhu..first time ni.Itupun pakai hp suami.Hahaha.Biasa update guna laptop dan pc besar gedabak,luas mata memandang. Rasa darat sungguh. Tapi seronok juga...
Wallahu A'lam. Jumpa lagi!
Jom detoks!!!!
Atas dah handsome...bawah mujur tak pakai selipar jepun...tak apalah..haha |
Perit nak celik mata tu, panas...feelin-feelin posing manja konon.
pssst..... cuba tengok gambar bahagian perut depan tu, dah kurang sebenarnya 'lebihan' benjolan yang terkeluar..Nampak rata ja kan???? Bahaha...Ok. Bye !!!
|