Alhamdulillah...Sayu rasa hati ini apabila dapat menjejakkan kaki memasuki gerbang Ramadhan.
Kalau bukan kerana kurniaan Allah, rezeki daripadaNya, mana mungkn kita dipertemukan dengan Ramadhan kali ini.
Pagi Ramadhan pertama yang indah. Hujan turun renyai-renyai membasahi bumi yang sebelum ini jarang menerima hujan. Sejuk je rasa. Tenang pun ya. Benarlah, keberkahan bulan ini sungguh terasa. Semoga kita diberi rezeki untuk terus berada di dalam bulan ini dari awal hingga akhir dan dipertemukan lagi dengan Ramadhan-Ramadhan yang akan datang. Amin..
Gambar Hiasan... |
Saja nak kongsi bagaimana untuk beribadah secara tip top dan istiqamah sepanjang Ramadhan..Tips yang sentiasa diulang-ulang dengar dan ulang tayang ini ditulis semula sebagai peringatan serta panduan untuk diri sendiri dan teman-teman yang sudi membaca.
10 Tips Ibadah Tip Top Dan Istiqamah Di Bulan Ramadhan
1. Niat mesti ikhlas dan sentiasa mengikhlaskan niat (beribadah kerana apa?).
2. Tulis target ( contoh , nak Dhuha 12 rakaat, nak tilawah 2 juz sehari).
3. Buat jadual harian khusus special untuk Ramadhan (susun masa dengan baik).
4. Buat checklist yang boleh kita 'tick' bila sudah selesai dilakukannya.
5. Tekad dan berdoalah agar Allah memudahkan segala urusan-urusan kita dan kita diberi banyak masa untuk tilawah, hafalan , solat dan sebagainya. Juga...mohon Allah bantu kita untuk jadi orang yang berdisiplin.
6. Kurangkan makan dan minum yang berlebihan ( terlalu banyak makan menjadikan kita malas untuk beribadah- rasa nak tidur atau rehat je kan..). Pilih juga makanan yang sihat untuk badan yang sihat dan bertenaga.
7. Cukup-cukuplah 'window shopping' di bazar Ramadhan. Beli hanya yang perlu. Belajarlah mengawal keinginan. Masa kita juga terbuang dengan 'window shopping' itu.
8. Untuk para ibu, susun menu dan bahan-bahan untuk memasak secara sistematik supaya kerja kita tersusun, cepat dan tidak berserabut fikirannya. Paling penting kita ada masa luang untuk tilawah dan sebagainya seperti orang lain.
9. Cuba sedaya upaya untuk mengurangkan aktiviti yang kurang bermanfaat. Contohnya shopping je memanjang, belek buku resepi lama-lama kononnya nak masak sedap-sedap, layan drama, bersembang kosong dengan jiran lama-lama dan sebagainya. Isi masa yang ada dengan tilawah, tadabbur dan sebagainya. Kalau bagi tazkirah tak apa.Hihi.
10. Muhasabah diri sebelum tidur . Perbaikilah apa yang patut untuk keesokan harinya. sentiasa berazam untuk menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini.
Contoh checklist dan target.. |
Plan apa kerja kita nak buat dan disiplin membuatnya.. |
Contoh menu kami...super simple dan jimat masa dan tenaga..haha..Kami memang ambil suplemen untuk kesihatan sepanjang Ramadhan.. |
Semoga bermanfaat.