Bismillahirrahmanirrahim...
Esok 1 Ramadhan. Rasa berdebar-debar dengan kehadiran
Ramadhan tahun ini. Tidak dinafikan, rasanya tahun ini lebih bersedia fizikal
dan rohani Insya Allah. Jika tahun lepas, bermula bulan Rejab lagi, sudah
menimbun kain-kain yang ditempah orang. Tahun ini rasa tenang. Bebas daripada
sebarang kain dan tempahan. Yang ada pun hanya milik keluarga sahaja. Beberapa
pasang yang boleh dijahit sambil-sambil sahaja. Fuh!Lega! Lebih bebas mengatur
jadual dan tidak berapa penat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Baru kutahu
indahnya Ramadhan. Tak mahu cerita lagi pasal tempahan raya ya.
Jadual khas Ramadhan sudah siap !. Verified by En. Suami
yang macho.
Hari ini masih di rumah mak. Yang best tu, mak siap bekalkan
macam-macam. Maklumlah, esok dah puasa dan kami juga tidak sempat untuk berbuka
bersama 1 Ramadhan. Hari Isnin En. Suami bekerja. UM tak apalah...kerja di ofis
sendiri. Best woo...Tapi...disiplin diri wajib tinggi. Tiada siapa yang nak
letak dateline ke apa untuk kita kan. Sendiri mau kerja sendiri mau ingat la.
Namun, alhamdulillah, syukur Ya Allah, celik mata sahaja orang-orang tersayang
ada di hadapan, menguruskan mereka yang tersayang setiap hari juga pahala. Soal
rumahtangga dari A hingga Z kita yang buat. Kalau boleh nak buat secomplete
mungkin. Paling best bab memasak. Memang kami jarang makan di luar atau beli
lauk di luar. Masak. Masak. Tak bosan ke? Jawapan UM...Tak. Sebab best! Sebab
setiap hari boleh bereksperimen menu sihat untuk keluarga.
Azam tahun 2016 masih diteruskan. NO CHEMICAL, NO MSG,
NO..NO...NO..Entah berapa banyak NO at home ni.
Berbalik kepada kehadiran Ramadhan tadi, marilah sama-sama
kita berdoa moga-moga Ramadhan tahun ini adalah terbaik dan Allah rezekikan
kita untuk bertemu Ramadhan serta dapat bersama Ramdhan dengan fizikal dan
rohani yang tip top. Dan...semoga Allah anugerahkan kita dengan pertemuan
terindah Lailatul Qadar.
Pesan UM kepada diri sendiri dan teman-teman, jagalah
kesihatan rohani dan fizikal sepanjang Ramadhan ini.
The best....Shaklee ada Set Ramadhan. Untuk apa? Untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang Ramadhan.
Ramadhan bukan pesta berbuka puasa dan moreh...
Bagi UM pola pemakanan masih dijaga bahkan perlu lebih
sihat.Normal lah, macam-macam kuih-muih dijual di bulan Ramadhan. Bab hari
raya, menu jamuan hari raya kita hold dulu. Orang kita kaya menu. Boleh je nak
makan, tapi bersederhanalah.
Kita berpesta ibadah ya ! Semoga Ramadhan tahun ini menjadi
bulan tarbiyyah yang terbaik untuk kita terutamanya diri yang menulis
ini.Setakat ini dahulu. Salam Ramadhan.