Menyulam Cinta Di Pantai Penarik, Setiu

Alhamdulillah, Allah kurniakan insan-insan yang istimewa disekeliling kita. Jarang kita bersyukur kan?

Sedikit masa yang Allah anugerahkan buat kami dimanfaatkan untuk bersama bonda tercinta dan anak-anak saudara yang sudah besar panjang sangatlah membahagiakan.Baru semalam rasanya mendukung mereka ke hulu ke hilir, melayani keletah mereka yang menghiburkan. Seorang demi seorang menapak ke universiti, nanti habis belajar, kahwin, beranak pinak...aduhai, tua sudah cik sue ni. Haha. Bakal naik rank - nenek saudara.

Alkisah, di rumah mak, bekalan air terputus tanpa sebarang notis bermula dari pagi hingga lewat petang. Kami pun berpakat untuk ke pantai. Saja. Tiada kaitan pun dengan ketiadaan air sebenarnya. Haha.

Pantai Penarik. Lokasi yang tenang. Hanya ada bberapa keluarga dan ‘couple’ yang sedang duduk-duduk. Kami pun duduk-duduk sambil makan sotong, udang dan ikan celup tepung. Minum air kelapa. Fuh! Memang best. Seronok dan tenang ditemani desiran ombak yang seolah-olah malas menghempas pantai. Alamak ! Ayat sastera pula.

Pantai Penarik..


Acik dan Adik, sibuk makan...Mak dan Cik Sue sibuk ambil gambar...haha.

Tenang...

Berbual-bual, update itu ini. Bakal merindui suasana ini. Sengaja dimuatkan di sini, bakal menjadi kenangan di antara kenangan-kenangan terindah.

Malam ni kena balik makan Lechithin dan OmegaGuard la...Kasi pecah dan emulsi segala lemak.Makan vitamin C juga. Sayang sel-sel UM ni. Kena pelihara dengan baik. Nak hidup sihat lama lagi. Banyak sungguh makan benda bergoreng ni. Hihi.

0 comment... add one now