Lovey Dovey Garlic Mushroom Chicken Burger

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah lama tidak menjalankan eksperimen di dapur cinonet UM. Hari ini masuk dapur seawal 9 pagi setelah selesai segara urusan rumah tangga yang lain.

Garlic Mushroom Chicken Sausage
Garlic Mushroom Chicken Burger

Teringin nak makan sosej dan burger. Tapi sayang badan dan perut. Pernah bekerja sementara di kilang processed meat semasa cuti semester zaman belajar dulu mengingatkan apa yang bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam sojej ayam dan burger, rasa tak sanggup pula nak beli untuk makan sekeluarga. Jadi, jalan selamat, buatlah sendiri, simpan stok sejuk beku, bila terasa nak makan, masak sahaja. Mudah, cepat dan jimat.

Ok...ini bahan-bahan dan resepinya..(try n error sahaja).

Ehem..sebenarnya, untuk jimat masa dan tenaga, hihi, maka bahan untuk burger dan sosej adalah sama sahaja. Bentuk saja lain.Haha. Tak kisahlah. Bukan nak jual pun,untuk makan sekeluarga sahaja. Itupun ada juga bagi jiran rasa. Sangat mengejutkan, dia minta nak beli lagi. Pesannya, next time kalau UM buat, buat banyak-banyak, dia nak beli. Waaa....boleh buat bisnes baru ni.

Tapi, sebenarnya sudah ramai yang buat bisnes Homemade sausage, burger, nugget dan seangkatannya. Lebih sihat, cuma mungkin harganya lebih mahal daripada yang terjual di pasaraya tu. Yalah, bahan-bahan yang digunakan tidak sama dengan ingredient zero lemak dan sebagainya kan.

Baiklah, banyak pula membebel. Ini resepinya.

Bahan-bahan :

500 gm isi ayam bahagian dada (UM guna ayam organik - Dikisar
Cendawan Shitake (dicincang halus)
1 Sudu besar tepung jagung
8 ulas bawang putih - dikisar
1 Ulas bawang besar (bawang holland) - dikisar
8 biji telur gred A
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa (UM guna himalayan rock salt)
Rosemary
Oregano
Sedikit air


Cara-caranya :

1. Campurkan kesemua bahan di dalam bekas
2. Tambahkan air jika adunan terlalu pekat

Untuk sosej :

1. Masukkan ke dalam plastik ais krim
2. Sejuk bekukan semalaman
3. Setelah beku, buka plastik aiskrim, biarkan seketika pada suhu bilik
4. Kukus 30 - 45 minit
5. Sejukkan
6. Pack ke dalam bekas dan simpan ( stok untuk dimakan pada bila-bila masa nanti, untuk tahan lebih lama simpan sosej dalam freezer). Nak makan terus pun boleh.

Untuk burger :

1. Gunakan acuan yang disukai (UM guna bentuk hati- beli di Daiso je).
2. Goreng tanpa minyak di atas non-stick pan. (tidak perlu terlalu garing).
3. Sejukkan
4. Simpan di dalam bekas (setiap lapisan burger boleh diletakkan baking paper supaya tidak melekat di antara satu sama lain). Kemudian sejuk bekukan.

* Jika ingin terus dihidangkan, UM suka sekiranya burger digoreng lebih garing tanpa minyak atau menggunakan sedikit minyak.

Semoga bermanfaat kepada para ummi yang memntingkan kesihatan seisi keluarga.

P/s : Boleh buat dalam kuantiti banyak, ianya boleh disimpan 1-2 bulan (sejuk beku). Sangat rugi tenaga jika buat sedikit. Haha. (untuk orang yang tak berapa rajin seperti UM). Boleh juga kisarkan sayur-sayuran hijau bersama daging ayam, khas untuk anak-anak yang sukar makan sayur.




Rupa tak lawa, tapi sedap ni...

Bunga tu pun buat sendiri

Sosej

Spaghetti UM...acah-acah letak Garlic Mushroom Chicken Sausage..Haha..


Selamat mencuba. Resepi boleh olah sendiri ikut suka hati anda ya! Peace!


0 comment... add one now