Tip Didik Anak Suka Membaca Sejak Kecil

Bismillahirrahmanirrahim...

Mendidik anak suka membaca menjadi lebih mudah jika ianya bermula daripada ibu bapa. Ya bukan?
Mak ayah tak suka membaca, mana mungkin anak-anak kecil suka membaca. tindak-tanduk ibu bapa lebih dilihat dan diserap dalam tindakan anak-anak berbanding apa yang keluar dari mulut ibu dan ayah mereka.

Antara tip mendidik anak suka membaca seawal mungkin adalah :
  • Ibu dan bapa mesti menunjukkan contoh
  • Belikan buku yang sesuai kepada anak-anak
  • Dedahkan dengan buku seawal mungkin
  • Ibu bapa membaca bersama anak-anak
  • Wujudkan perpustakaan mini di rumah
  • Jadikan aktiviti membaca rutin harian keluarga

Alangkah indahnya jika rumah kita ada ruangan membaca khas untuk kegunaan keluarga. Budaya suka membaca dan cintakan ilmu lebih mudah diterapkan. Lebih seronok rasanya menghabiskan masa bersama anak-anak dengan pelbagai aktiviti menarik dengan pelbagai jenis buku yang menarik berbanding membiarkan mereka tenggelam dalam dunia 'gadjet'.

Antara idea menarik yang boleh dijadikan rujukan untuk 'design' Mini Library di rumah yang UM jumpa : (InsyaAllah akan dibuat..hihi).

kindergartenmilestones.blogspot.com

www.richardsonfol.org
www.makmis.com
thespringsearthschools.com
nohomedesign.com

www.rahiresearch.com

www.sixinch.com.my

Banyak juga 'design' yang menarik. Canggih-manggih lagi. Niat di hatinya, akan digabungkan idea-idea ini dan akan ada konsep yang tersendiri mengikut kesesuaian rumah kita lah kan. Haha. Amin..

Jom wujudkan Mini Library di rumah. UM dah ada cuma nak 'make over', supaya nampak lebih cantik la kan..Anak-anak pun suka jika ada ruangan khas untuk mereka.

2 comments.. read them below or add one

Mami Aisyah Mami Aisyah April 13, 2016
Hari-hari Illa tunjuk kat baby buku yang colourful sejak dia 4 bulan. Sekarang pandai pula cari buku tu sendiri :D
tinta marjaan tinta marjaan April 14, 2016
Kann....anak-anak akan secara sendiri suka membaca bila didedahkan dengan buku lebih awal. Al Quran pun sama juga.