2 Kebanggaan Yang Masuk Akal Sebagai Seorang Wanita

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama UM tak menulis di 'teratak' ini. Ada beberapa kerja yang menghalang niat untuk menulis.
Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan masa untuk menulis lagi.

Lately banyak travel juga. Bukan urusan apa pun. Biasalah, UM 'mengekor' En. Suami ke mana sahaja.Jangan tolak peluang bila diajak berjalan. Ye dak?

Bermula hari Selasa hingga hari Jumaat, kami berada di 4 negeri yang berbeza. Haha...Seronok tapi penat.Selasa 4.00 pagi ke Putrajaya, petangnya ke Keratong 4, Pahang. Rabunya pula ke Johor. Khamis kembali ke Terengganu. Jumaat pagi, En. Suami terbang lagi ke Sibu Sarawak.

Terima kasih kepada Alin dan suami serta teman-teman di sana kerana tolong jaga 'my precious' ni. Bagi dia makan kenyang-kenyang dan 'entertain' dia.Haha. Dan..tidak lupa terima kasih kain songket yang cantik. Yang bestnya Alin siap call lagi tanya nak kain songket warna apa, sedondon ke...haha. First time orang nak bagi cenderahati pada suami, tanya isteri kriteria cenderahati yang dia nak. Allah! Itulah namanya rezeki.

Khas buat Alin sekeluarga juga, moga terus sabar dengan ujian Allah. Allah uji kita kerana sayangnya kepada hambaNya. InsyaAllah ada hikmah dan jalan keluar setiap masalah. Belum sampai seminggu rasanya beliau sekeluarga kena rompak.

Alkisah lagi, 2 Kebanggaan Yang Masuk Akal Sebagai Seorang Wanita. Berdasarkan kisah syok sendiri UM lah kira ni ye, hihi.

Semasa menemani En. Suami berurusan dengan DOSH di Putrajaya, sepanjang pagi tu UM lepaklah di Masjid Putrajaya. Mengimbau kenangan zaman bujang dulu, suka lepak di Masjid Putrajaya terutamanya bulan Ramadhan. Sempat tulis sajak. Haha.

Nak jadi cerita, semasa lepak, terjumpa seorang Mak Cik  A ni, lalu berbuallah.Macam-macam isu yang kami bualkan. Tup- tup dia tanya " Dah kahwin ke? ,". UM senyum. Hanya menganggukkan kepala.

Dia tanya lagi, "Oooo... Ingat belum kahwin. Ni mesti kahwin muda tak habis belajar lagi ni kan? ". Alamak ! Lain macam bunyinya. Memang tak dapat dinafikan, ada sesetengah orang yang alergi dengan mahasiswa mahasiswi yang kahwin semasa belajar kan.Tak apalah. UM tak jawab. Senyum.

Dia tanya lagi, " Umur berapa ? ".

UM senyum lagi. "30++ dah mak cik," jawab UM.

" Laaa....ye ke? Mak cik ingat kamu baru umur 22 macam tu. Minta maaflah ye, nak," katanya.

Ya beda bedooooo...tiba-tiba rasa terlebih bersemangat untuk hidup. Haha. Awet muda. Kih..kih..
Lalu, hasil daripada kisah yang terjadi ini, UM pun buatlah kesimpulan ala-ala 'cendekiawan'. Ada 2 kebanggaan yang masuk akal sebagai seorang wanita. Apakah ia?

Dua kebanggaan tersebut adalah :

1. Apabila seorang wanita yang sudah berkahwin dan umurnya sudah masuk 3 series tapi apabila bersendirian tanpa suami , orang menyangka dia belum berkahwin dan baru berumur 20-an. Itu petanda dia awet muda. Haha.

2. Apabila seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak dan apabila dia berjalan bersama anak-anak, orang menyangka dia berjalan bersama adik-adiknya. Pun petanda dia awet muda. Haha.

Wanita dan mahu kelihatan awet muda sangatlah tidak boleh dipisahkan. Betul kan?

Apakah petua untuk awet muda ? Mudah sahaja bagi UM. Tidak perlu kos yang tinggi. Antaranya lah yang boleh dibuat.

1. Jaga pemakanan harian. Makanlah makanan yang sihat. Elakkan  'fast food' dan 'junk food'.
2. Sentiasa berwudhuk.
3. Sentiasa senyum. Semasa stres pun senyum.
4. Buat senaman.
5. Cukupkan nutrien untuk badan, ambil makanan tambahan yang sesuai.
6. Sentiasa berfikiran positif.
7. Jaga kebersihan.
8. Kekalkan berat badan ideal.
7. Jangan tinggal solat malam.

Boleh cuba amalkan secara istiqamah. Insya Allah, bukan sahaja awet muda yang dapat tapi pahala dan ketenangan juga.

Posing tengah-tengah panas terik tengahari dengan kamera HP lama je.


Hobi baru En.Suami.Selfie welfie...adeh.

Lebarnya muka...

Panas...tak boleh celik mata..

Tempat yang wajib singgah...Rindu nak baca buku Akta Makanan..hihi.

En. Suami dengan En. Shahrul, suami Alin di Sibu.

Pergi berkempen ka?

Makanan orang Sarawak ni...macam pulut panggang pun ada rupanya tu...

Maghrib di Sibu

Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan.Marilah kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.

0 comment... add one now