20 Tips Tenangkan Jiwa Yang Serabut

Bismillahirrahmanirrahim....

Pagi yang tenang, damai, lagi indah. UM ingin berkongsi kesimpulan yang dapat dari kelas WhatsApp eksklusif  semalam.



Pernah tak satu hari tu kita rasa serabut sangat-sangat ? Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Semua kerja tak siap. Anak-anak pun time tu lah nak bergaduh bagai.Suami atau isteri pun 'moody' semacam. Mulalah rasa tertekan, kita rasa semua orang tak faham kita!!!! Kan? ? ?...Asyik tertekan, lama-lama jadi penyakit tau!


Baiklah. Ini dia 20 Tips Tenangkan Jiwa Yang Serabut


  1. Solat di awal waktu
  2. Amalkan Solat Sunat Dhuha
  3. Sentiasa beristighfar. Mohon ampun atas dosa-dosa yang dilakukan. Banyak dosa, jiwa kacau.
  4. Sentiasa berselawat
  5. Banyakkan berzikir setiap masa 
  6. Tambahkan rasa syukur dalam hati
  7. Sentiasa membaca Al-Quran walaupun 1 mukasurat sehari
  8. Rajin-rajinlah berpuasa sunat
  9. Buat jadual harian dan disiplin ikut jadual tersebut
  10. Buat checklist ibadah atau master checklist dan disiplin dengannya
  11. Usaha bayar hutang walaupun RM 1 sebulan
  12. Usaha telefon ibu bapa dan mertua, minta doa mereka
  13. Hidupkan budaya solat berjemaah dengan anak-anak di rumah (para ibu)
  14. Amalkan sedekah Subuh dan sedekah-sedekah yang lain. Memberi apa yang kita ada.
  15. Berteman dengan mereka yang positif
  16. Sentiasa meminta maaf dan memaafkan orang lain
  17. Ambil masa, berjalan-jalan, melihat alam. Bertafakur.
  18. Jumpa orang-orang soleh dan rajin-rajinlah ke majlis ilmu.
  19. Bersukan. Selain mengurangkan tekanan, ianya juga menyihatkan. 
  20. Meditasi

UM kongsikan Masterchecklist bulanan yang digunakan setiap hari. Hujung bulan kita muhasabah diri, apa yang patut, apa yang tidak patut,kualiti hidup kita bulan lepas bagaimana....bulan ini apa yang perlu ditingkatkan. Boleh juga buat untuk anak-anak.

Ini contoh ya...nak yang kosong bolehlah download -
Menubar ----> Printable Projects------>Master Checklist.

Pengalaman menggunakannya secara konsisten menjadikan hidup ini lebih tenang, lebih 'smooth', tidak tertekan dengan kerja yang menimbun,dan lebih tersusun.

Utamakan urusan kita dengan Allah, InsyaAllah, yang lain-lain akan selesai.

Wallahu A'lam. Semoga bermanfaat ya.

0 comment... add one now