Tidak Salah Mencabar Diri Membuat Sesuatu Yang Belum Pernah Dibuat

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah akhirnya siap juga blog Cikgu Salleh. Moga berpuas hati dengan hasil kerja UM ya.
Tak sedar sudah pukul 4.00 pagi rupanya masih lagi mengadap laptop. Haha.. Minat punya pasal.

Berbalik kepada kisah buat blog tadi, memang cabarannya adalah fokus yang tinggi, kreativiti,dan kesabaran. Mula-mula buat dulu, gatal tangan nak gi tukar template tu kan, bila save, lari habis susunannya...waaa...nak nangis ! Al-maklumlah, kita tak pernah belajar pun benda-benda ni. Bidang 'food' boleh lah, bidang kita. Nak jadi cerita bermulalah episod belajar 'design-design' , photoshop dan Ai (yang ni baru lagi) bagai ni apabila kes-kes edit blog sendiri tak menjadi dan nak buat header comel macam orang jugak tapi tak mahu keluar duit. (kedekut!). Haha. Dari tahun 2010 rasanya berpuluh blog yang hancur. Haha...Ini kisah dulu-dulu la. Masa tu blogging suka-suka je. Lepas tu stop sebab tak ada internet dan tak mampu bayar bil internet. Sedih kan? Haha. Then, beberapa ketika kebelakangan ini, mula balik daannnn....serius ! Waaa. takooot.

Kesimpulannya, tidak mustahil untuk berjaya buat sesuatu walaupun sesuatu perkara itu kita tak pernah buat pun sebelum ini dan tiada kepakaran. Aset paling penting yang perlu ada dalam diri kita adalah DESIRE..YES! BURNING DESIRE!!! Dengannya, kita akan terus belajar dan belajar sampai kita pandai.

Inilah rupanya blog beliau yang sudah siap. Blog sebelum di 'make up' tak ingat gambar tu letak kat mana. Memang tak jumpa cari dah dan malas dah nak cari.

Berlatar belakangkan penyu merangkak naik ke darat... 

Nampak kemas tak ? Hehe..

Blogger ni adalah seorang penulis dan seorang guru. Sangat rajin menulis buku dan banyak bukunya yang sudah terbit...(huhu, tak macam UM,entah bila nak siap novel tu..). Mengambil semangat beliau untuk tetap terus menulis hingga siap novel UM tu. InsyaAllah. Sesiapa yang ingin belajar menulis artikel, belajar Bahasa Melayu yang betul bolehlah terjah blog beliau www.pemenangsebenar.blogspot.com.

Sambil-sambil siapkan blog, tengah-tengah malam macam ni, (eh! pagi dah ni)...memang perut rasa lapar dan nak mengunyah je. So, disebabkan berat badan sudah bertambah dan tak mahu menambah lemak tak baik yang sedia ada ini, maka terpaksalah bancuh ESP satu gelas besar dan kunyahlah kismis-kismis baki buat nasi minyak open house rumah mak hari tu...Haha. Ikut hati memang nak makan roti ke, jajan ke, keropok, kerepek semua tu tapi....akal sihat kata JANGAN...Alhamdulillah UM ikut kata akal sihat.

Make over blog boleh cari UM, tolong-tolong sikit, bolehlah kan. Lagipun suka buat benda ni. Tapi.....ianya bukanlah kerja hakiki UM tau.Kerja UM menulis novel dengan jual bitamin, bisnes bitamin deh.  Isi masa lapang kalau lapang je. Nak belajar benda lain, SEO ka apa ka, tolonglah cari sifu-sifu hebat bab ini. Jangan dah siap make up, tanya kita, kenapa saya search kat google artikel saya tak ada pun. Oit ! Mummy saya kata, nak ranking ke apa ka, banyak lagi kerja nak kena buat bukan takat make up blog ja. Cari cikgu, mentor dalam bab ini. Silalah belajar.

Sekian...nak habiskan ESP dan tidur barang sejenak sementara tunggu subuh..

0 comment... add one now